Loading...

Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan 'Bentuk Kerajaan' Sabtu Ini !

Loading...
Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan 'Bentuk Kerajaan' Sabtu Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan 'Bentuk Kerajaan' Sabtu Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan 'Bentuk Kerajaan' Sabtu Ini !
link : Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan 'Bentuk Kerajaan' Sabtu Ini !

Baca juga


Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan 'Bentuk Kerajaan' Sabtu Ini !

 

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) yakin dapat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini berdasarkan sokongan yang didakwa semakin meningkat selain mood ditunjukkan rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata di sebalik pelbagai ramalan politik, gabungan itu melihat sokongan semakin jelas khususnya dalam kalangan pengundi muda yang mahukan sebuah kerajaan bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata trend sokongan semakin meningkat itu dijangka lebih menyerlah pada hari-hari terakhir kempen.

Sehubungan itu beliau berkata tidak timbul soal gabungan politik buat masa ini dan apa dinyatakan Setiausaha Agong PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hanyalah pilihan sedia ada dan telah sedia diulas oleh pelbagai pihak.

"Namun bagi PN, usaha berterusan bagi membentuk kerajaan PN yang dipilih oleh majoriti rakyat mesti ditingkatkan.

"Rakyat dan penjawat awam telah serik di bawah Pakatan Harapan selama 22 bulan, dan tidak mungkin mengulangi kesilapan lampau.

"Demikian juga dengan BN dengan pelbagai kemelut kluster mahkamah, terpalit dengan salah laku di kalangan sebahagian pimpinan menyebabkan rakyat hanya punyai satu pilihan, iaiatu kerajaan PN.

"Saya yakin kita mampu lakukannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak malam tadi, Takiyuddin mengeluarkan tiga kenyataan berkaitan penggabungan PN dan BN pasca PRU15.

Menerusi kenyataan terbaharu, Takiyuddin menegaskan PAS berkeyakinan penuh PN dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri adalah daripada gabungan itu.

Beliau dilaporkan berkata pihaknya percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema PN iaitu prihatin, stabil dan bersih.

"Dengan kenyataan yang jelas ini, maka sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit dan kami di PN berkeyakinan akan membentuk kerajaan bersendirian selepas PRU15," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pada masa sama, Takiyuddin turut menjelaskan kenyataan beliau berhubung penggabungan PN dan BN diambil di luar konteks. #sumber



Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan 'Bentuk Kerajaan' Sabtu Ini !

Sekianlah artikel Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan 'Bentuk Kerajaan' Sabtu Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan 'Bentuk Kerajaan' Sabtu Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/11/tuan-ibrahim-dakwa-perikatan-nasional.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan 'Bentuk Kerajaan' Sabtu Ini !"

Catat Ulasan

Loading...