Loading...

Ahli Parlimen Temerloh 'Kesal' Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

Loading...
Ahli Parlimen Temerloh 'Kesal' Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen Temerloh 'Kesal' Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen Temerloh 'Kesal' Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan
link : Ahli Parlimen Temerloh 'Kesal' Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

Baca juga


Ahli Parlimen Temerloh 'Kesal' Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

 


TEMERLOH - Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor kesal atas tindakan kerajaan negeri Pahang yang telah mengarahkan pembatalan penggunaan Dewan Tun Razak Temerloh bagi tujuan Jamuan Kesyukuran Parlimen Temerloh kurang daripada tempoh 24 jam tanpa sebarang penjelasan yang munasabah.

Tindakan berkenaan menyebabkan perubahan lokasi majlis ke lokasi lain iaitu pekarangan Surau Al-Khairiah, Seberang Temerloh pada Rabu.

Menurutnya, pembatalan itu adalah arahan daripada kerajaan negeri terus kepada pihak Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Temerloh secara lisan tanpa ada apa-apa pengarahan rasmi secara bertulis.

"Saya secara peribadi ingin melahirkan penghargaan kepada pihak MPT yang telah memberikan kebenaran awal untuk penggunaan dewan tersebut.

"Saya juga telah berkomunikasi terus dengan YDP Majlis Perbandaran Temerloh untuk meminta penjelasan tentang perkara ini.

"Namun maklum balas yang diterima bahawa pembatalan ini adalah arahan daripada kerajaan negeri secara terus kepada pihak YDP secara lisan tanpa ada ada apa-apa pengarahan rasmi secara bertulis.

"Saya juga telah beberapa kali cuba berhubung dengan pihak Menteri Besar Pahang, namun tidak dapat sebarang maklum balas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau mendesak kerajaan BN-PH Pahang untuk memberikan penjelasan mengapa tempahan itu dibatalkan dalam tempoh kurang 24 jam.
"Pihak kami telah mengikut prosedur tempahan dan membayar wang deposit tempahan seperti yang telah ditetapkan.

"Apakah kerana kami parti dan rakyat Temerloh yang tidak menyebelahi pihak kerajaan BN-PH Pahang menyebabkan kami dinafikan hak untuk menggunakan dewan ini," tegas Salamiah lagi. #sumber



Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Temerloh 'Kesal' Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

Sekianlah artikel Ahli Parlimen Temerloh 'Kesal' Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Temerloh 'Kesal' Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/ahli-parlimen-temerloh-kesal-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ahli Parlimen Temerloh 'Kesal' Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan"

Catat Ulasan

Loading...