Loading...

Amaran Banjir Tujuh Daerah Tiga Negeri Iaitu 'Pahang, Terenggan Dan Kelantan' !

Loading...
Amaran Banjir Tujuh Daerah Tiga Negeri Iaitu 'Pahang, Terenggan Dan Kelantan' ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amaran Banjir Tujuh Daerah Tiga Negeri Iaitu 'Pahang, Terenggan Dan Kelantan' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amaran Banjir Tujuh Daerah Tiga Negeri Iaitu 'Pahang, Terenggan Dan Kelantan' !
link : Amaran Banjir Tujuh Daerah Tiga Negeri Iaitu 'Pahang, Terenggan Dan Kelantan' !

Baca juga


Amaran Banjir Tujuh Daerah Tiga Negeri Iaitu 'Pahang, Terenggan Dan Kelantan' !

SHAH ALAM - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di tujuh daerah di tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula pada Sabtu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, kejadian banjir diramalkan berlaku pada Sabtu di daerah Rompin, Pahang; jajahan Pasir Mas, Kelantan dan daerah Besut, Terengganu.

Pada masa sama, kemungkinan banjir turut dijangka berlaku bermula Ahad di jajahan Kuala Krai, Kelantan dan daerah Kemaman, Besut, Dungun serta Setiu di Terengganu.

“Amaran banjir ini dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan peringkat bahaya oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 9 Disember 2022 jam 8.45 pagi.

“Berdasarkan hasil simulasi model ramalan banjir, JPS meramalkan kejadian banjir boleh berlaku sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lokasi-lokasi tersebut,” menurut Nadma dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nadma memaklumkan MetMalaysia pada jam 3.30 petang Sabtu mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi negeri Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Amaran peringkat buruk juga dikeluarkan untuk negeri Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa sehingga Ahad.

“Amaran peringkat waspada berkuat kuasa sehingga 11 Disember 2022 dikeluarkan bagi negeri Perak melibatkan daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

“Hujan berterusan turut dijangka berlaku di negeri Pahang membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” tambah kenyataan itu lagi.

Sementara itu, NADMA memaklumkan sehingga 4 petang Sabtu, JPS melaporkan terdapat empat sungai berada di tahap bahaya iaitu Sungai Triang di Triang, Bera, Pahang; Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, Johor; Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan dan Long Teru, Miri, Sarawak.

Terdapat tujuh sungai juga berada di tahap amaran antaranya Benawa, Miri, Sarawak; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera, Pahang; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran, Pahang dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, Johor.

Turut berada di tahap amaran ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar, Kedah; Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol, Negeri Sembilan dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu Terengganu.

Selain itu, NADMA memaklumkan, sehingga jam 4 petang Sabtu, bilangan negeri terkesan banjir kekal empat dengan lapan daerah di negeri Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang masih terjejas.

Katanya, seramai 810 orang mangsa daripada 225 ketua isi rumah (KIR) direkodkan berada di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding laporan jam 4 petang semalam di mana 600 mangsa daripada 171 KIR berada di 12 PPS. Keadaan dilaporkan terkawal dan mekanisme pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah didapati berjalan dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, NADMA berkata, setakat jam 2 petang Sabtu, Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan tujuh lokasi terkesan kejadian banjir, lapan lokasi cerun runtuh, satu lokasi jalan runtuh, dua lokasi jalan mendap dan dua lokasi dimaklumkan terdapat kejadian jambatan rosak atau runtuh menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 20 lokasi.

Katanya, kejadian berkenaan membabitkan empat daerah di Kedah, dua daerah di Negeri Sembilan, tiga daerah di Kelantan, enam daerah di Terengganu, tiga di Pahang dan dua di Johor, melibatkan tujuh jalan persekutuan dan 13 jalan negeri.

NADMA mengingatkan penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir untuk berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

“Masyarakat diingatkan untuk peka serta patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan segera berpindah sekiranya diarahkan.

"Peka amaran bencana agar sentiasa bersiap siaga. Pastikan anda rujuk maklumat terkini daripada sumber yang sahih,” jelas kenyataan itu.

Maklumat dan amaran semasa melalui laman web http://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook: PubliclnfoBanjir dan Twitter @JPS InfoBanjir.

Orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih daripada MetMalaysia. #sumber



Demikianlah Artikel Amaran Banjir Tujuh Daerah Tiga Negeri Iaitu 'Pahang, Terenggan Dan Kelantan' !

Sekianlah artikel Amaran Banjir Tujuh Daerah Tiga Negeri Iaitu 'Pahang, Terenggan Dan Kelantan' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amaran Banjir Tujuh Daerah Tiga Negeri Iaitu 'Pahang, Terenggan Dan Kelantan' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/amaran-banjir-tujuh-daerah-tiga-negeri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Amaran Banjir Tujuh Daerah Tiga Negeri Iaitu 'Pahang, Terenggan Dan Kelantan' !"

Catat Ulasan

Loading...