Loading...

Kerajaan Pahang Peruntuk RM103.8 Juta Selesaikan 'Masalah Air' Di DUN Tioman !

Loading...
Kerajaan Pahang Peruntuk RM103.8 Juta Selesaikan 'Masalah Air' Di DUN Tioman ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Peruntuk RM103.8 Juta Selesaikan 'Masalah Air' Di DUN Tioman !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Peruntuk RM103.8 Juta Selesaikan 'Masalah Air' Di DUN Tioman !
link : Kerajaan Pahang Peruntuk RM103.8 Juta Selesaikan 'Masalah Air' Di DUN Tioman !

Baca juga


Kerajaan Pahang Peruntuk RM103.8 Juta Selesaikan 'Masalah Air' Di DUN Tioman !

 

ROMPIN - Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM103.8 juta bagi pelaksanaan tujuh projek untuk mengatasi masalah bekalan air bersih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, kata Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail.

Dua daripada tujuh projek itu juga telah siap dilaksanakan iaitu, Loji Rawatan Air (LRA) Sepayang bagi meningkatkan tekanan air, pada bulan lepas dan projek membekal air terawat di Kampung Merlak, pada April lepas.

Sementara lima lagi projek masih dalam proses prapembinaan iaitu membina dan menyiapkan LRA Sepayang Fasa Dua, pembinaan rumah pam dan tangki sedutan di Tanjung Gemuk, pemasangan paip dari retikulasi LRA Selendang ke tangki perkhidmatan Parit Raja, pemasangan paip merentasi Sungai Anak Endau dan projek bekalan air luar bandar Kampung Tekek di Pulau Tioman.

Semua projek di bawah kelolaan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) itu dijadualkan siap antara Disember 2023 hingga 2025.

"Projek ini bakal memanfaatkan lebih 10,000 penduduk di kawasan DUN Tioman dan ini salah satu usaha kita untuk menyelesaikan masalah air di Pahang, yang dijalankan secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerangan Isu Air Bersih di sini hari ini.

Selain Tioman, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga menyasarkan untuk menyelesaikan 90 peratus masalah bekalan air bersih di Pahang dalam tempoh lima tahun.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah tidak tepat untuk mengatakan kerajaan negeri tidak mengambil berat berhubung masalah bekalan air di negeri ini, namun penyelesaiannya mengambil masa dan perlu dilakukan secara berperingkat.

Keseriusan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah air di Pahang juga menyebabkan kerajaan negeri memperuntukkan RM2.3 bilion, seperti yang dinyatakan Wan Rosdy pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Ogos lepas. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Peruntuk RM103.8 Juta Selesaikan 'Masalah Air' Di DUN Tioman !

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Peruntuk RM103.8 Juta Selesaikan 'Masalah Air' Di DUN Tioman ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Peruntuk RM103.8 Juta Selesaikan 'Masalah Air' Di DUN Tioman ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/kerajaan-pahang-peruntuk-rm1038-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang Peruntuk RM103.8 Juta Selesaikan 'Masalah Air' Di DUN Tioman !"

Catat Ulasan

Loading...