Loading...

Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek 'Naik Taraf" Dan "Bina Baharu" Rompin !

Loading...
Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek 'Naik Taraf" Dan "Bina Baharu" Rompin ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek 'Naik Taraf" Dan "Bina Baharu" Rompin !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek 'Naik Taraf" Dan "Bina Baharu" Rompin !
link : Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek 'Naik Taraf" Dan "Bina Baharu" Rompin !

Baca juga


Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek 'Naik Taraf" Dan "Bina Baharu" Rompin !

 

ROMPIN - Kerajaan Persekutuan meluluskan tiga projek pembinaan baharu dan menaiktaraf infrastruktur melibatkan kos keseluruhan bernilai RM25 juta di sini.

Kesemua projek yang diluluskan ini melibatkan cadangan menaiktaraf jeti kargo di Kampung Tekek, Pulau Tioman bernilai RM7 juta; cadangan membina baharu masjid di Felda Selendang 2, Kuala Rompin bernilai RM3 juta; dan cadangan membina baharu stadium mini di Kampung Kolam, Kuala Rompin bernilai RM15 juta.

Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk  Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini bagi memberikan kemudahan dan manfaat kepada orang ramai khususnya penduduk di Dewan Negeri (DN) Tioman.

“InsyaAllah jika di minta itu, maka bereslah, saya akan tunaikan sepenuhnya. Untuk masjid, ianya bukan hanya untuk ibadah, mendirikan solat adalah mndirikan agama dan meninggalkan solat itu meruntuhkan agama. Takkan lah saya tak setuju dengan (permintaan) MB (Menteri Besar Pahang).

“Anggaplah Kompleks Sukan yang diminta ini akan merupakan satu komitmen Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk menyelami hati anak-anak muda di sini.

“Di sini perlu tambah baik atau naiktaraf jeti (Jeti Kargo di Kampung Tekek), tak akan saya tak boleh kata beres juga,” katanya ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat Timbalan Perdana Menteri di Dewan Terbuka Kuala Rompin, di sini.

Turut hadir,  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Tuan Saiful Edris Zainuddin; Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; dan barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Sebelum itu, Wan Rosdy dalam ucapan berkata, ketiga-tiga projek yang diajukan kepada pengetahuan Timbalan Perdana Menteri tersebut adalah mustahak dan sangat diperlukan oleh masyarakat di kawasan terlibat.

“Memandangkan Jeti Kargo (di Kampung Tekek) sedia ada tidak sesuai dan tidak boleh digunakan sepenuhnya, maka penaiktarafan adalah sangat diperlukan. Ia mampu memberi kemudahan kepada penduduk serta pemborong dalam menjalankan aktiviti harian. Dan ini sudah pasti berupaya untuk dalam merancakkan perkembangan ekonomi penduduk tempatan.

“Pembinaan masjid baharu pula adalah bagi menambah keselesaan kepada penduduk setempat. Cadangan membina stadium mini ini dijangka mampu memperhebat penganjuran segala aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan ini,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek 'Naik Taraf" Dan "Bina Baharu" Rompin !

Sekianlah artikel Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek 'Naik Taraf" Dan "Bina Baharu" Rompin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek 'Naik Taraf" Dan "Bina Baharu" Rompin ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/kerajaan-persekutuan-lulus-tiga-projek.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Persekutuan Lulus Tiga Projek 'Naik Taraf" Dan "Bina Baharu" Rompin !"

Catat Ulasan

Loading...