Loading...

Lelaki Di Tahan, Gara-Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam !

Loading...
Lelaki Di Tahan, Gara-Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Di Tahan, Gara-Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Di Tahan, Gara-Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam !
link : Lelaki Di Tahan, Gara-Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam !

Baca juga


Lelaki Di Tahan, Gara-Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam !

 

SHAH ALAM - Taktik seorang lelaki bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di sini terbongkar, selepas polis menerima dua laporan membabitkan kerugian kira-kira RM3,500.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Iqbal Ibrahim berkata, suspek dalam lingkungan 20-an itu menggunakan taktik sama memakai telekung putih memasuki ruangan jemaah wanita, ketika mangsa menunaikan solat berjemaah di masjid sekitar Seksyen 18 pada Selasa lalu.

Beliau berkata, tindakan itu dikesan polis menerusi video tular hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan lelaki terbabit memasuki ruang solat wanita untuk mencuri.

Dalam kejadian pertama, katanya, seorang wanita berusia 60 tahun kehilangan beg berisi pelbagai barangan berharga selepas menunaikan solat di Masjid Al-Azahariah pada 3.41 petang.

“Dalam kejadian kedua, seorang jemaah wanita berusia 58 tahun menjadi mangsa kecurian beg tangannya di Masjid Al-Hidayah pada 10.47 malam hari sama,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Iqbal berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan lelaki itu di sekitar Seksyen 18 pada 12.05 tengah malam tadi dan merampas dua telefon bimbit curi.

Katanya, hasil semakan mendapati lelaki terbabit merupakan penganggur dan memiliki lima rekod jenayah lampau, termasuk kes penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, suspek direman empat hari hingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. #sumber



Demikianlah Artikel Lelaki Di Tahan, Gara-Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam !

Sekianlah artikel Lelaki Di Tahan, Gara-Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Di Tahan, Gara-Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/lelaki-di-tahan-gara-gara-bertelekung.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lelaki Di Tahan, Gara-Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam !"

Catat Ulasan

Loading...