Loading...

MP Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun & Kawasan Berisiko

Loading...
MP Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun & Kawasan Berisiko - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun & Kawasan Berisiko, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun & Kawasan Berisiko
link : MP Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun & Kawasan Berisiko

Baca juga


MP Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun & Kawasan Berisiko

 

KUANTAN - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman meminta kerajaan Pahang menyemak semula projek-projek yang dijalankan di cerun bukit dan kawasan berisiko berlaku tanah runtuh.

Semakan itu perlu dilakukan segera sebelum ada lagi kejadian tidak diingini berlaku, katanya, susulan tragedi tanah runtuh membabitkan kawasan tapak perkhemahan Father’s Organic Farm yang terletak di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya awal pagi semalam.

"Saya menggesa kerajaan Pahang menyemak semula setiap projek yang dijalankan di kawasan cerun berbukit dan yang mempunyai risiko tanah runtuh di sekitar negeri Pahang dengan kadar segera.

"Ini adalah bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berlaku yang akan menyebabkan kemalangan jiwa.

"Langkah keselamatan perlu dititik berat dan menjadi keutamaan lebih-lebih lagi ketika ini negara sedang mengalami musim tengkujuh," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya lagi, setiap agensi dan jabatan berkaitan juga perlu membuat pemeriksaan di setiap tapak projek di kawasan cerun berbukit.

Setakat tengah hari ini, seramai 23 korban telah ditemui dengan pihak berkuasa masih dalam usaha mencari dan menyelamat 10 mangsa yang belum ditemui.

Tragedi yang menimpa semalam melibatkan 94 mangsa dengan 54 ditemui selamat dan tujuh lagi cedera.

Susulan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengarahkan semua tapak perkhemahan di negeri itu ditutup.

Young Syefura yang juga Ketua Pemuda PH Pahang turut menyeru pengusaha tempat percutian yang terletak di kawasan berisiko tanah runtuh agar peka dengan keadaan di seketar kawasan milik mereka.

"Saya mohon agar pengusaha bertanggungjawab dan memaklumkan segera kepada pihak berkuasa jika terdapat kesan rekahan dan pergerakan tanah di sekeliling tempat percutian milik mereka.

"Begitu juga kawasan berisiko yang lain seperti kawasan di tepi pantai dan tepi sungai, mereka (pengusaha) perlu peka dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata hingga sanggup mengambil risiko," katanya lagi.

Dalam pada itu, dia berharap laluan Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya yang ketika ini ditutup untuk kegunaan orang awam, dapat dibaik pulih dan dibuka semula dalam masa terdekat.

Katanya, ia merupakan laluan utama digunakan penduduk dan mereka yang menetap di pekan Batang Kali, Selangor dan bekerja di Genting Highlands.

"Laluan alternatif dicadangkan untuk pengguna buat masa ini adalah terlalu jauh dan mengakibatkan pengguna yang bekerja di Genting terpaksa mengeluarkan kos tambahan.

"Mereka terpaksa melalui perjalanan lebih lama daripada biasa dan membayar tol untuk berulang-alik dari tempat tinggal ke tempat mereka bekerja," katanya lagi. #sumber



Demikianlah Artikel MP Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun & Kawasan Berisiko

Sekianlah artikel MP Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun & Kawasan Berisiko kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MP Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun & Kawasan Berisiko dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/mp-gesa-kerajaan-pahang-semak-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MP Gesa Kerajaan Pahang Semak Semula Projek Sekitar Cerun & Kawasan Berisiko"

Catat Ulasan

Loading...