Loading...

NGO Mohon Kerajaan 'Henti' Serta-Merta Pembangunan Sekitar Genting Highlands

Loading...
NGO Mohon Kerajaan 'Henti' Serta-Merta Pembangunan Sekitar Genting Highlands - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO Mohon Kerajaan 'Henti' Serta-Merta Pembangunan Sekitar Genting Highlands, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO Mohon Kerajaan 'Henti' Serta-Merta Pembangunan Sekitar Genting Highlands
link : NGO Mohon Kerajaan 'Henti' Serta-Merta Pembangunan Sekitar Genting Highlands

Baca juga


NGO Mohon Kerajaan 'Henti' Serta-Merta Pembangunan Sekitar Genting Highlands

 

KUALA LUMPUR - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar mendakwa kawasan seluas lebih 5,700 hektar di Genting Highlands dan pergunungan sekitarnya sudah diluluskan untuk projek pembangunan, termasuk bagi perumahan dan lot komersial.

Berikutan itu, Rimba Disclosure Project (RDP), sebuah badan pemantau hutan Malaysia, menggesa pihak berkuasa negeri Selangor dan Pahang supaya menghentikan serta-merta semua kerja pembangunan yang dirancang dan sedang dilaksanakan di Genting Highlands dan kawasan pergunungan sekitarnya.

RDP mendakwa siasatan pihaknya mendapati kawasan yang diperuntukkan bagi pembangunan itu adalah di lereng gunung yang curam dan berada di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 dan 2, yang secara teknikalnya tidak dibenarkan untuk sebarang projek pembangunan.
NGO itu mendakwa kawasan yang ditandakan untuk pembangunan itu, termasuk kawasan seluas 5,000 hektar dalam draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Bentong oleh kerajaan Pahang dan 316 hektar dalam draf Rancangan Kawasan Khas (RKKK) Genting oleh Selangor, selain oleh tiga syarikat lain.

"RDP terkejut kerana kerajaan meluluskan projek seumpama itu," kata RDP dalam kenyataan melalui Twitternya, semalam.

Kenyataan itu susulan tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang mengorbankan 23 nyawa setakat jam 5 petang semalam, manakala 10 lagi masih hilang.

Ketika kejadian tanah runtuh jam 2 pagi kelmarin, 94 pengunjung yang berkhemah di Father's Organic Farm berhampiran Gohtong Jaya sejak Rabu lalu dikatakan sedang tidur.

Sementara itu, dalam laporan bertajuk Tip of The Iceberg: 5,700 ha of Sensitive Genting Forests Earmark For Development: A Rimba Disclosure Projek Investigation oleh RDP, Pahang didakwa mencadangkan kawasan seluas 5,000 hektar di kawasan pergunungan timur Genting Highlands dan sekitar Janda Baik untuk projek perumahan, lot komersial dan kegunaan tanah bukan perhutanan lain, yang terletak di kawasan KSAS Tahap 1 dan 2.

"Selangor pula mencadangkan pembangunan bersebelahan Father's Organic Farm. Ini membabitkan pembangunan yang berasingan dan bersebelahan, termasuk bangunan tinggi dari Gohtong Jaya ke puncak Genting Highlands dan sepanjang laluan Ulu Kali," dakwanya.

Laporan itu juga mendakwa, kerja pembangunan oleh dua lagi syarikat sudah pun dimulakan, yang dikenal pasti di kawasan KSAS Tahap 1 dan 2.

"Garis panduan Jabatan Alam Sekitar menetapkan tiada pembangunan dibenarkan di kawasan KSAS Tahap 1 dan hanya pembalakan lestari serta aktiviti pelancongan berimpak rendah dibenarkan di kawasan KSAS Tahap 2," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel NGO Mohon Kerajaan 'Henti' Serta-Merta Pembangunan Sekitar Genting Highlands

Sekianlah artikel NGO Mohon Kerajaan 'Henti' Serta-Merta Pembangunan Sekitar Genting Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO Mohon Kerajaan 'Henti' Serta-Merta Pembangunan Sekitar Genting Highlands dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/ngo-mohon-kerajaan-henti-serta-merta.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "NGO Mohon Kerajaan 'Henti' Serta-Merta Pembangunan Sekitar Genting Highlands"

Catat Ulasan

Loading...