Loading...

Tempahan Dewan Untuk 'Jamuan PN' Di Temerloh Di Batal Bukan Sebab Politik !

Loading...
Tempahan Dewan Untuk 'Jamuan PN' Di Temerloh Di Batal Bukan Sebab Politik ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tempahan Dewan Untuk 'Jamuan PN' Di Temerloh Di Batal Bukan Sebab Politik !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tempahan Dewan Untuk 'Jamuan PN' Di Temerloh Di Batal Bukan Sebab Politik !
link : Tempahan Dewan Untuk 'Jamuan PN' Di Temerloh Di Batal Bukan Sebab Politik !

Baca juga


Tempahan Dewan Untuk 'Jamuan PN' Di Temerloh Di Batal Bukan Sebab Politik !

 

KUANTAN - Tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan tempahan Dewan Tun Razak, Temerloh bagi tujuan jamuan anjuran Perikatan Nasional (PN) bukan bermotifkan politik.

Penafian itu dibuat melalui kenyataan media Facebook media UMNO Pahang bawah kelolaan Exco Komunikasi dan Multimedia Pahang.

Menurut kenyataan di Facebook ‘Pahangku Media’ itu, pembatalan itu dibuat selepas semakan mendapati tempahan asal dibuat atas nama individu dan bukannya daripada PN.

Dewan Tun Razak Temerloh dijadikan asbab menyalahkan serta mencemuh kerajaan Pahang.

“Tidak pula ada yang bercerita bagaimana permohonan asal dibuat adalah menggunakan nama individu bagi tujuan jamuan.

“Tetapi setelah disemak, ianya (tempahan itu) digunakan bagi tujuan Jamuan Kenduri Kesyukuran Perikatan Nasional Bahagian Temerloh,” katanya.

Melalui hantaran itu juga, mereka mempersoalkan kenapa individu yang beri tanggungjawab membuat tempahan berkenaan menyembunyikan maklumat sebenar ketika membuat tempahan.

“Mengapa tidak berterus-terang dengan mengemukakan permohonan penggunaan dewan oleh Perikatan Nasional Bahagian Temerloh bagi mengadakan majlis kenduri kesyukuran?

“Apakah juga satu keperluan mendesak bagi masyarakat di Temerloh berkenduri kendara ketika sewajarnya semua pihak harus memberikan tumpuan kepada musibah banjir yang masih melanda,” katanya lagi.

Pengendali akaun ‘Pahangku Media’ juga mengingatkan penyokong PN bahawa masih ada lima tahun lagi untuk mengadakan kenduri atau jamuan dan jika modal masih banyak, mereka boleh mengadakan kenduri setiap hari.

“Tapi, jika masih memikirkan kepentingan masyarakat yang perlukan perhatian ketika banjir sedang melanda, isu pembatalan penggunaan Dewan Tun Razak bagi mengadakan kenduri kesyukuran PN tidak perlu diperbesarkan,” katanya.

Untuk rekod ‘Pahangku Media’ adalah antara unit media baru dikendalikan UMNO sejak tahun 2011 dan bertujuan bagi membantu UMNO dalam perang saraf dengan Pakatan Rakyat ketika itu.

Sebelum ini, unit berkenaan berada di bawah Exco Komunikasi dan Multimedia Pahang dan pernah diterajui bekas ahli dewan undangan negeri (ARUN) Lanchang, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin dan bekas ADUN Kuala Sentul, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin.

Kelmarin, Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan Pahang melalui PBT yang membatalkan tempahan dibuat PN bagi mengadakan majlis kesyukuran parti itu.

Tuan Ibrahim yang juga ADUN Cheka turut mendakwa kelulusan sudah diberikan dan pembayaran sewa juga sudah dibuat sebelum dimaklumkan tempahan berkenaan dibatalkan.

“Perangai lama mereka ini tidak berubah sejak dahulu dan ia menambahkan kemarahan orang ramai.

“Dewan orang ramai sepatutnya dapat dimanfaatkan, sayangnya ia hanya boleh digunakan oleh parti pemerintah sahaja.

“Walaupun PRU lalu menyaksikan PN (Perikatan Nasional) berjaya memenangi kerusi Parlimen Temerloh dan DUN Semantan dan Lanchang,” katanya melalui satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor turut meluahkan kekesalan atas tindakan kerajaan Pahang mengarahkan pembatalan penggunaan dewan berkenaan bagi tujuan jamuan kesyukuran Parlimen itu.

Katanya, pembatalan itu adalah arahan kerajaan negeri terus kepada pihak Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Temerloh secara lisan tanpa ada apa-apa pengarahan rasmi secara bertulis. #sumber



Demikianlah Artikel Tempahan Dewan Untuk 'Jamuan PN' Di Temerloh Di Batal Bukan Sebab Politik !

Sekianlah artikel Tempahan Dewan Untuk 'Jamuan PN' Di Temerloh Di Batal Bukan Sebab Politik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tempahan Dewan Untuk 'Jamuan PN' Di Temerloh Di Batal Bukan Sebab Politik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/tempahan-dewan-untuk-jamuan-pn-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tempahan Dewan Untuk 'Jamuan PN' Di Temerloh Di Batal Bukan Sebab Politik !"

Catat Ulasan

Loading...