Loading...

Penolong Pegawai Pertanian Dakwa Rugi RM215,000 Di Perdaya Dek Macau Scam

Loading...
Penolong Pegawai Pertanian Dakwa Rugi RM215,000 Di Perdaya Dek Macau Scam - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penolong Pegawai Pertanian Dakwa Rugi RM215,000 Di Perdaya Dek Macau Scam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penolong Pegawai Pertanian Dakwa Rugi RM215,000 Di Perdaya Dek Macau Scam
link : Penolong Pegawai Pertanian Dakwa Rugi RM215,000 Di Perdaya Dek Macau Scam

Baca juga


Penolong Pegawai Pertanian Dakwa Rugi RM215,000 Di Perdaya Dek Macau Scam

KUANTAN - Seorang Penolong Pegawai Pertanian mendakwa kerugian RM215,100 akibat diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai insurans dan polis, pada Nov lepas.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa yang berusia 45 tahun mendakwa dihubungi oleh individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai insurans bagi menyiasat tuntutan yang dikatakan dibuat mangsa.

“Suspek mendakwa terdapat tiga tuntutan yang disyaki palsu dan kes itu kononnya telah sampai ke pengetahuan polis. Mangsa seterusnya dihubungi oleh suspek kedua yang memperkenalkan diri sebagai polis.

“Suspek dikatakan menakutkan mangsa dengan mengatakan dia terlibat dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram serta perlu membayar jaminan RM400,000 selain diarahkan mendedahkan maklumat perbankan untuk siasatan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ramli berkata mangsa menyedari ditipu selepas mendapati terdapat 33 transaksi pemindahan wang secara dalam talian menerusi akaun banknya, menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada petang Khamis lepas.

Dalam kes berasingan, Ramli berkata seorang wanita berusia 37 tahun di Maran, mendakwa kerugian RM165,090 selepas mendedahkan maklumat perbankannya kepada pihak ketiga pada 13 Jan lepas.

Mangsa mendakwa berbuat demikian selepas dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran bagi memaklumkan terdapat bungkusan berisi barang larangan dialamatkan kepadanya.

“Mangsa yang menafikan perkara itu kemudiannya dihubungi suspek lelaki kononnya pegawai polis dan memaklumkan nama mangsa telah digunakan untuk membuka akaun bank berkaitan kes pengubahan wang haram.

“Mangsa yang bimbang akan ditangkap mendakwa telah diarahkan untuk mengisi maklumat perbankannya ke pautan diberikan suspek,” katanya.

Sehubungan itu, Ramli menasihatkan orang ramai untuk menyemak dengan polis jika menerima panggilan telefon meragukan dan tidak berkongsi maklumat perbankan dengan pihak ketiga supaya tidak menjadi mangsa penipuan. #sumber



Demikianlah Artikel Penolong Pegawai Pertanian Dakwa Rugi RM215,000 Di Perdaya Dek Macau Scam

Sekianlah artikel Penolong Pegawai Pertanian Dakwa Rugi RM215,000 Di Perdaya Dek Macau Scam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penolong Pegawai Pertanian Dakwa Rugi RM215,000 Di Perdaya Dek Macau Scam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/01/penolong-pegawai-pertanian-dakwa-rugi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penolong Pegawai Pertanian Dakwa Rugi RM215,000 Di Perdaya Dek Macau Scam"

Catat Ulasan

Loading...