Loading...

ADUN Bebar 'Tawarkan' Diri Bertanding Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Pekan !

Loading...
ADUN Bebar 'Tawarkan' Diri Bertanding Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Pekan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN Bebar 'Tawarkan' Diri Bertanding Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Pekan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN Bebar 'Tawarkan' Diri Bertanding Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Pekan !
link : ADUN Bebar 'Tawarkan' Diri Bertanding Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Pekan !

Baca juga


ADUN Bebar 'Tawarkan' Diri Bertanding Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Pekan !

 

PEKAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Dato' Sri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, hari ini menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan peringkat bahagian parti itu tidak lama lagi.

Dia yang juga exco kanan kerajaan Pahang merupakan wakil rakyat Bebar selama tiga penggal. Dia menjadi exco Pahang sejak 2018.

Sebelum PRU ke-15 lalu Mohammad Fakhruddin diberi portfolio Exco Sains, Teknologi, Komunikasi dan Multimedia Pahang sebelum bertukar kepada portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.

"Keputusan (untuk bertanding) ini dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri, Dato'' Sri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara sejak Ogos tahun lalu.

"Saya yakin sudah tiba masanya untuk saya menabur bakti dan keringat kepada pihak penduduk dan ahli UMNO Pekan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Mohammad Fakhruddin turut yakin melalui kerjasama dan hubungan baiknya dengan pemimpin UMNO Pahang selama ini, lebih banyak kemajuan dan pembangunan di Pekan dapat dilaksanakan.

Ekoran hukuman ke atas Najib, jawatan Ketua UMNO Bahagian  Pekan dipangku timbalannya, Dato' Sri Zamri Ramly sejak Ogos lalu.

Zamri sebelum ini memaklumkan belum ada pihak menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan kali ini.

Dia ketika dihubungi hari ini memaklumkan setakat ini pejabat UMNO Pekan belum menerima borang pencalonan daripada mana-mana pihak. #sumber



Demikianlah Artikel ADUN Bebar 'Tawarkan' Diri Bertanding Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Pekan !

Sekianlah artikel ADUN Bebar 'Tawarkan' Diri Bertanding Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Pekan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN Bebar 'Tawarkan' Diri Bertanding Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Pekan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/adun-bebar-tawarkan-diri-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ADUN Bebar 'Tawarkan' Diri Bertanding Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Pekan !"

Catat Ulasan

Loading...