Loading...

Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif, Tidak Terbabit Dengan Pembekuan!

Loading...
Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif, Tidak Terbabit Dengan Pembekuan! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif, Tidak Terbabit Dengan Pembekuan!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif, Tidak Terbabit Dengan Pembekuan!
link : Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif, Tidak Terbabit Dengan Pembekuan!

Baca juga


Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif, Tidak Terbabit Dengan Pembekuan!

 


KUANTAN - Semua transaksi membabitkan akaun Bersatu Pahang masih aktif dan tidak dibekukan, kata Timbalan Bersatu Pahang, Mohd Yazid Mohd Yunus.

Dia memberitahu semua urusan dan operasi parti itu di peringkat cawangan dan bahagian di Pahang berjalan seperti biasa.

"Semuanya normal, akaun (bank) kami masih aktif. Saya tidak pasti tempat orang lain, tapi di Pahang akaun kami tidak ada masalah.

"Lagipun saya hanya boleh bercakap bagi negeri Pahang sajalah, saya tak pasti (keadaan) di tempat (negeri) lain," katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, media melaporkan akaun Bersatu dibekukan sehari selepas parti itu mengisytiharkan akaun 2020 dan 2021, dalam usaha untuk menentang dakwaan rasuah.

Pembekuan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Katanya akaun parti berkenaan dibekukan sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Pada awalnya pembekuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana dana rangsangan kerajaan berjumlah RM92.5 bilion  semasa pandemik Covid-19 dan didakwa diselewengkan.

Bagaimanapun sumber SPRM yang enggan dikenali berkata, pembekuan dibuat bagi menyiasat dakwaan Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.

Sumber itu berkata, jumlah sumbangan itu disyaki berjumlah lebih RM300 juta.

Sementara itu, Mohd Yazid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar berkata, pembekuan akaun parti itu mungkin ada kaitan dengan pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Macam-macam (andaian) kita boleh buat, mungkin ada kaitan dengan PRN, mungkin tidak, tapi kita lihat benda ini (pembekuan akaun bank) tidak menjejaskan kekuatan dimiliki Bersatu ketika ini," katanya.

PAS pada 14 Januari lalu membayangkan PRN bagi Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka akan diadakan pada Mac atau Ogos depan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Sri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata ada beberapa cadangan tarikh sudah dibuat, tetapi belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi parti itu.

Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amiruddin Shari pada 27 Januari dalam sidang media di Kuantan, Pahang mengesahkan kerajaan negeri itu tidak akan membubarkan dewan undangan negeri (DUN) sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan dengan Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi mencadangkan PRN diadakan serentak tahun ini.

Cadangan itu adalah bagi memastikan kos untuk mengadakan PRN di negeri berkenaan tidak terlalu tinggi.

Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan adalah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan manakala Kedah, Terengganu dan Kelantan pula diterajui PAS. #sumber



Demikianlah Artikel Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif, Tidak Terbabit Dengan Pembekuan!

Sekianlah artikel Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif, Tidak Terbabit Dengan Pembekuan! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif, Tidak Terbabit Dengan Pembekuan! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/bersatu-pahang-dakwa-akaun-masih-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif, Tidak Terbabit Dengan Pembekuan!"

Catat Ulasan

Loading...