Loading...

Ismail Sabri 'Sah' Tak Pertahan Jawatan 'Naib Presiden' UMNO Pemilihan Kali Ini

Loading...
Ismail Sabri 'Sah' Tak Pertahan Jawatan 'Naib Presiden' UMNO Pemilihan Kali Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ismail Sabri 'Sah' Tak Pertahan Jawatan 'Naib Presiden' UMNO Pemilihan Kali Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ismail Sabri 'Sah' Tak Pertahan Jawatan 'Naib Presiden' UMNO Pemilihan Kali Ini
link : Ismail Sabri 'Sah' Tak Pertahan Jawatan 'Naib Presiden' UMNO Pemilihan Kali Ini

Baca juga


Ismail Sabri 'Sah' Tak Pertahan Jawatan 'Naib Presiden' UMNO Pemilihan Kali Ini

 


KUALA LUMPUR - Memandangkan tempoh penamaan calon bagi pemilihan UMNO semakin menghampiri tarikh akhir, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dia tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden parti itu.

Dia berkata demikian ketika dihubungi petang semalam, lapor Malaysiakini.

"Ya," jawab Ismail melalui mesej teks ketika diminta mengesahkan bahawa dia tidak bertanding untuk penggal seterusnya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bera itu tidak mahu mengulas punca keputusan itu dibuat, tetapi berkata dia akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.

UMNO sedang mengadakan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden, jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan jawatan jawatankuasa bahagian pada 18 Mac ini manakala tarikh akhir pencalonan telah ditetapkan pada 5 petang semalam.

Parti itu mempunyai tiga jawatan Naib Presiden. Setakat ini, lapan pemimpin parti telah menyerahkan borang pencalonan mereka untuk bertanding, termasuk dua penyandangnya Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid.

Enam pemimpin lain yang bertanding untuk jawatan itu ialah Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Agung BN, bz Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Reezal Merican Naina Merican, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Ghani, dan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Perhimpunan Agung UMNO bulan lepas menerima pakai ketetapan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti. #sumber



Demikianlah Artikel Ismail Sabri 'Sah' Tak Pertahan Jawatan 'Naib Presiden' UMNO Pemilihan Kali Ini

Sekianlah artikel Ismail Sabri 'Sah' Tak Pertahan Jawatan 'Naib Presiden' UMNO Pemilihan Kali Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ismail Sabri 'Sah' Tak Pertahan Jawatan 'Naib Presiden' UMNO Pemilihan Kali Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/ismail-sabri-sah-tak-pertahan-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ismail Sabri 'Sah' Tak Pertahan Jawatan 'Naib Presiden' UMNO Pemilihan Kali Ini"

Catat Ulasan

Loading...