Loading...

MUIP Agih Zakat Sebanyak RM30.8 Juta Terhadap Sektor Pendidikan Tahun Lalu !

Loading...
MUIP Agih Zakat Sebanyak RM30.8 Juta Terhadap Sektor Pendidikan Tahun Lalu ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MUIP Agih Zakat Sebanyak RM30.8 Juta Terhadap Sektor Pendidikan Tahun Lalu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MUIP Agih Zakat Sebanyak RM30.8 Juta Terhadap Sektor Pendidikan Tahun Lalu !
link : MUIP Agih Zakat Sebanyak RM30.8 Juta Terhadap Sektor Pendidikan Tahun Lalu !

Baca juga


MUIP Agih Zakat Sebanyak RM30.8 Juta Terhadap Sektor Pendidikan Tahun Lalu !

 

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan zakat sebanyak RM30.8 juta kepada sektor pendidikan yang merupakan asnaf fisabilillah membabitkan beberapa skim bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain, berkata bantuan tertinggi sebanyak RM13.6 juta bagi skim bantuan dermasiswa diberikan kepada seramai 21,246 penerima.

Menurutnya, ia diikuti bantuan awal melanjutkan pengajian kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebanyak RM8.2 juta kepada 8,188 pelajar termasuk selenggara dan menaik taraf sekolah dan asrama sebanyak RM2.8 juta.

"Sebanyak RM2.3 juta digunakan untuk selenggara dan naik taraf surau termasuk menganjurkan program keagamaan di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

"Skim lain seperti elaun guru al-Quran, skim bantuan tambang penerbangan pelajar ke luar negara, skim biasiswa dan lain-lain sebanyak RM1.4 juta. Sumbangan am kepada Maahad Tahfiz dan pondok sebanyak RM950,000," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Agihan Zakat Kepada Institusi Pendidikan Pahang yang disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua MUIP, Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan sebanyak 45 institusi di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM3.7 juta.

Ahmad Hairi berkata, bantuan diberikan kepada 18 sekolah menengah agama negeri, 23 sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, masing-masing satu IPT, jabatan kerajaan dan persatuan guru.

Tambahnya, bantuan diberikan itu bagi kegunaan untuk menaik taraf surau, menyediakan pelbagai kemudahan asas, membaiki kerosakan bangunan asrama, menyediakan komputer dan menganjurkan program keagamaan.

Katanya, bantuan yang disediakan itu dapat memberi lebih keselesaan kepada pelajar dan guru, selain dapat mencetuskan kejayaan dalam bidang akademik.

"Lebih ramai membayar zakat dengan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, lebih banyak bantuan dapat diberikan kepada golongan asnaf di negeri ini.

"Pelbagai usaha dilakukan MUIP dan PKZ Pahang dalam menarik lebih ramai lagi membayar zakat dan boleh dilakukan secara tunai dan dalam talian," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel MUIP Agih Zakat Sebanyak RM30.8 Juta Terhadap Sektor Pendidikan Tahun Lalu !

Sekianlah artikel MUIP Agih Zakat Sebanyak RM30.8 Juta Terhadap Sektor Pendidikan Tahun Lalu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MUIP Agih Zakat Sebanyak RM30.8 Juta Terhadap Sektor Pendidikan Tahun Lalu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/muip-agih-zakat-sebanyak-rm308-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MUIP Agih Zakat Sebanyak RM30.8 Juta Terhadap Sektor Pendidikan Tahun Lalu !"

Catat Ulasan

Loading...