Loading...

Peniaga OKU Kampung Tanjung Pulai Terkejut, Agong Tawar Rumah Percuma !

Loading...
Peniaga OKU Kampung Tanjung Pulai Terkejut, Agong Tawar Rumah Percuma ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peniaga OKU Kampung Tanjung Pulai Terkejut, Agong Tawar Rumah Percuma !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peniaga OKU Kampung Tanjung Pulai Terkejut, Agong Tawar Rumah Percuma !
link : Peniaga OKU Kampung Tanjung Pulai Terkejut, Agong Tawar Rumah Percuma !

Baca juga


Peniaga OKU Kampung Tanjung Pulai Terkejut, Agong Tawar Rumah Percuma !

PEKAN - Pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah secara tidak disangka dalam satu program lebih setahun lalu membawa berita menggembirakan buat peniaga kedai runcit Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Khairi Othman,47 dari Kampung Tanjung Pulai di sini.

Pertemuan itu memberi satu kejutan besar apabila Seri Paduka Baginda tiba-tiba menawarkan untuk memberinya sebuah rumah.

"Pada mulanya saya sangka Tuanku hanya datang untuk bertanya khabar namun penghujung pertemuan ternyata ada rezeki buat saya dan keluarga.

"Tuanku kata hendak beri saya sebuah rumah memandangkan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diduduki ketika itu terlibat banjir.

"Kecil tapak tangan, nyiru saya ditadahkan," itu yang keluar dari mulut saya selepas mendengar tawaran Tuanku itu," katanya.

Mohd Khairi merupakan penerima rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) yang diserahkan sendiri Seri Paduka Baginda dalam satu majlis di sini pada Rabu.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Mohd Khairi yang mengusahakan kedai runcit secara kecilan mengakui telah lama menyimpan hasrat untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri.

"Sebelum ini saya menerima rumah PPRT namun dibina atas tanah milik ahli keluarga namun kini impian itu menjadi kenyataan atas keprihatinan Tuanku.

"Rumah ini dibina kira-kira dua bulan lalu dan diserahkan hari ini (Rabu)," katanya.

Rumah itu cukup bermakna buat Mohd Khairi dan isteri, Zaleha Mohd Nafis, 49 dan anak mereka, Muhammad Tasnim,12.

Rumah yang dibina berkonsepkan mesra OKU itu turut dilengkapi ruang untuk kedai runcit diusahakan Mohd Khairi.

Sementara itu katanya, selain mengusahakan kedai runcit, dia juga turut turun ke sungai sebagai nelayan darat untuk mencari pendapatan samping.

Dia yang dilahirkan dengan kekurangan fizikal dan bergantung kepada kerusi roda tidak menjadikan ketidaksempurnaan itu sebagai halangan untuk terus berusaha mencari rezeki menyara keluarga.

"Sebelum ini saya pernah mengusahakan ternakan ikan sangkar namun usaha itu terpaksa dihentikan selepas sangkar musnah akibat banjir besar beberapa tahun lalu.

"Hendak mulakan kembali, modal diperlukan besar jadi saya terpaksa cari sumber pendapatan lain dengan menjalankan perniagaan secara kecilan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Peniaga OKU Kampung Tanjung Pulai Terkejut, Agong Tawar Rumah Percuma !

Sekianlah artikel Peniaga OKU Kampung Tanjung Pulai Terkejut, Agong Tawar Rumah Percuma ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peniaga OKU Kampung Tanjung Pulai Terkejut, Agong Tawar Rumah Percuma ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/peniaga-oku-kampung-tanjung-pulai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peniaga OKU Kampung Tanjung Pulai Terkejut, Agong Tawar Rumah Percuma !"

Catat Ulasan

Loading...