Loading...

Skuad Sri Pahang FC Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini !

Loading...
Skuad Sri Pahang FC Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad Sri Pahang FC Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad Sri Pahang FC Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini !
link : Skuad Sri Pahang FC Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini !

Baca juga


Skuad Sri Pahang FC Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini !

KUANTAN - Sri Pahang FC enggan meletak harapan terlalu tinggi sebaliknya hanya menyasarkan kedudukan lima teratas untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini yang akan membuka tirainya Jumaat ini.

Ketua Jurulatihnya, Fandi Ahmad berkata setiap pasukan sudah tentu mahukan yang terbaik namun pihaknya perlu lebih realistik dalam meletakkan sasaran.

"Sebahagian besar pemain adalah muka baru dan mereka masih berada ditahap mencari keserasian di atas padang selain beberapa pemain mengalami kecederaan.

"Bagaimanapun saya berpuas hati dengan hasil latihan di Bangkok pada pra musim lalu kerana mereka dilihat berjaya menyesuaikan diri dengan latihan walaupun ada dua atau tiga pemain yang cedera," katanya selepas majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain Sri Pahang FC 2023 di Timmora Venue, Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Sri Pahang memperkenalkan jersi di laman sendiri atau `home' berwarna kuning-biru selain jersi di tempat lawan atau `away' berwarna biru-kuning dan jersi ketiga berwarna putih yang ditaja syarikat pembekal peralatan sukan, Hakka Clo.

Musim ini, Invest Pahang muncul penaja utama selain rakan penaja lain iaitu Arwana Travel and Tours, Data Sukan dan XOX Berhad.

Hadir sama Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahad Mua'adzam Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah; Pengerusi Sri Pahang, Raja Datuk Seri Shaharudin Shah Raja Jalil Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang.

Ditanya mengenai sasarannya untuk Piala AFC, Fandi berkata, belum sampai masanya untuk meletakkan sasaran lebih jauh sebaliknya fokus untuk mengutip sebanyak mungkin mata pada setiap perlawanan liga.

"Jika berjaya dalam misi memungut mata, baru kita akan lihat ke arah itu...sementara ini saya tidak boleh bercakap hal berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Sri Pahang, Datuk Dollah Salleh menyifatkan persiapan skuad Tok Gajah musim 2023 agak berlainan berbanding dengan beberapa musim kebelakangan ini.

"Musim ini persiapan skuad Sri Pahang dilihat lebih menyerlah di bawah ketua jurulatih, Fandi Ahmad dan saya percaya beliau mampu memainkan peranan untuk membawa pasukan lebih jauh," katanya.#sumber



Demikianlah Artikel Skuad Sri Pahang FC Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini !

Sekianlah artikel Skuad Sri Pahang FC Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad Sri Pahang FC Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/skuad-sri-pahang-fc-sasar-lima-teratas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Skuad Sri Pahang FC Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini !"

Catat Ulasan

Loading...