Loading...

Tujuh Penumpang Berdepan Detik Cemas Bas Di Naiki Terbabas, Terbalik Di Maran!

Loading...
Tujuh Penumpang Berdepan Detik Cemas Bas Di Naiki Terbabas, Terbalik Di Maran! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tujuh Penumpang Berdepan Detik Cemas Bas Di Naiki Terbabas, Terbalik Di Maran!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tujuh Penumpang Berdepan Detik Cemas Bas Di Naiki Terbabas, Terbalik Di Maran!
link : Tujuh Penumpang Berdepan Detik Cemas Bas Di Naiki Terbabas, Terbalik Di Maran!

Baca juga


Tujuh Penumpang Berdepan Detik Cemas Bas Di Naiki Terbabas, Terbalik Di Maran!

 

MARAN - Tujuh penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di jalan besar Jengka 2 menghala ke Bandar Pusat Jengka pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, kemalangan melibatkan bas dan sebuah kereta jenis Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman memberitahu, pemandu bas berusia 57 tahun mengalami kecederaan di bahagian pinggang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pemandu bas terbabit dari arah Maran menghala bandar Jengka dengan membawa tujuh orang penumpang.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu bas cuba memotong kereta yang berada di hadapan bas terbabit.

"Pada masa yang sama sebuah lori keluar dari jalan ladang di sebelah kanan jalan untuk masuk ke laluan utama jalan.

"Pemandu bas terkejut dan cuba masuk semula ke laluannya namun gagal lalu bergesel sisi kanan kereta dan kemudiannya terbabas dan terbalik di kanan jalan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, akibat kemalangan tersebut, pemandu bas dan tujuh penumpang mengalami kecederaan.

"Mereka semua dibawa ke Hospital Jengka bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta berusia 38 tahun selamat.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku atas kecuaian pemandu bas gagal memotong kereta itu lalu bergesel dan terbalik ke sebelah kanan jalan," ujar beliau.

Dalam pada itu, Norzamri memberitahu, kenderaan terlibat akan menjalani pemeriksaan Puspakom selain mengesan saksi-saksi bebas untuk membantu siasatan.

Ujar beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber



Demikianlah Artikel Tujuh Penumpang Berdepan Detik Cemas Bas Di Naiki Terbabas, Terbalik Di Maran!

Sekianlah artikel Tujuh Penumpang Berdepan Detik Cemas Bas Di Naiki Terbabas, Terbalik Di Maran! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tujuh Penumpang Berdepan Detik Cemas Bas Di Naiki Terbabas, Terbalik Di Maran! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/tujuh-penumpang-berdepan-detik-cemas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tujuh Penumpang Berdepan Detik Cemas Bas Di Naiki Terbabas, Terbalik Di Maran!"

Catat Ulasan

Loading...