Loading...

Kerajaan Pahang 'Belum Putuskan' Untuk Bentang RUU Enakmen Anti Lompat Parti

Loading...
Kerajaan Pahang 'Belum Putuskan' Untuk Bentang RUU Enakmen Anti Lompat Parti - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang 'Belum Putuskan' Untuk Bentang RUU Enakmen Anti Lompat Parti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang 'Belum Putuskan' Untuk Bentang RUU Enakmen Anti Lompat Parti
link : Kerajaan Pahang 'Belum Putuskan' Untuk Bentang RUU Enakmen Anti Lompat Parti

Baca juga


Kerajaan Pahang 'Belum Putuskan' Untuk Bentang RUU Enakmen Anti Lompat Parti

 

KUANTAN - Kerajaan Pahang belum memutuskan sama ada akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan Mei ini atau sebaliknya.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kerajaan masih mempertimbangkan perkara itu dan pada masa sama sedia mengadakan perbincangan dengan pembangkang sebelum membuat keputusan muktamad.

"Kita sedang fikirkan sebab kalau bentang, kerajaan negeri perlu dapat sokongan dua per tiga (untuk diluluskan).

"Kerajaan (negeri) yang ada pada waktu ini tidak cukup dua per tiga.

"Kalau mereka (pembangkang) setuju, kita akan bentang, kalau tak setuju nak bentang buat apa?" katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang di Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, dekat sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan Pahang akan membawa usul dan membentangkan RUU antilompat parti pada sesi DUN akan datang.

Setakat ini hanya tujuh negeri membentangkan RUU itu di peringkat sidang DUN masing-masing dan diluluskan.

Pulau Pinang adalah negeri paling awal memperkenalkan RUU itu dan diluluskan sidang DUN negeri berkenaan pada Nov 2012.

Negeri lain yang turut meluluskan pindaan bagi mengekang tindakan mana-mana Adun melompat parti ialah Sarawak, Perak, Kedah, Selangor, Perlis dan Kelantan.

Kerajaan Terengganu pada November tahun lalu pula memaklumkan tidak ada keperluan untuk RUU itu diperkenalkan di negeri terbabit kerana hanya ada wakil rakyat PAS dan Umno sahaja di negeri itu.

Di peringkat persekutuan RUU antilompat parti diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022 sebelum dibentangkan dan diluluskan di Dewan Negara pada 9 Ogos 2022.

Secara keseluruhan DUN Pahang mempunyai 42 kerusi. Hasil PRU ke-15 pada November tahun lalu, buat pertama kali BN gagal memperoleh majoriti apabila memenangi 17 kerusi, sama seperti PH.

PN pula hanya memenangi lapan kerusi.

BN dan PH kemudian mencapai persetujuan untuk bekerjasama sekali gu membentuk kerajaan perpaduan. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang 'Belum Putuskan' Untuk Bentang RUU Enakmen Anti Lompat Parti

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang 'Belum Putuskan' Untuk Bentang RUU Enakmen Anti Lompat Parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang 'Belum Putuskan' Untuk Bentang RUU Enakmen Anti Lompat Parti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/03/kerajaan-pahang-belum-putuskan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang 'Belum Putuskan' Untuk Bentang RUU Enakmen Anti Lompat Parti"

Catat Ulasan

Loading...