Loading...

MKT: Kemenangan Shahaniza Beri Isyarat UMNO Maran Bangkit Semula Selepas Ini

Loading...
MKT: Kemenangan Shahaniza Beri Isyarat UMNO Maran Bangkit Semula Selepas Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MKT: Kemenangan Shahaniza Beri Isyarat UMNO Maran Bangkit Semula Selepas Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MKT: Kemenangan Shahaniza Beri Isyarat UMNO Maran Bangkit Semula Selepas Ini
link : MKT: Kemenangan Shahaniza Beri Isyarat UMNO Maran Bangkit Semula Selepas Ini

Baca juga


MKT: Kemenangan Shahaniza Beri Isyarat UMNO Maran Bangkit Semula Selepas Ini

 

KEMENANGAN Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin dalam merebut jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini, menyuntik semangat ahli peringkat akar umbi untuk memastikan parti keramat orang Melayu itu kekal relevan biar pun keputusan merudum pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.

Paling membanggakan, Shahaniza berada ditangga ke-8 daripada 25 calon MKT dengan mendapat 47,136 undi. Beliau mendapat sokongan daripada 129 bahagian pada pemilihan kali ini.

Ini merupakan satu keputusan yang mengejutkan, tambahan pula beliau menewaskan dua lagj penyandang dari Pahang iaitu Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin ditangga ke-14 mendapat 40,095 undi dan Dato' Sri Hj Abd Rahman Mohamad ke-15 dengan 40,081 undi.

Rata-rata ahli UMNO akar umbi di Maran gembira dengan keputusan ini. Mereka melihat ia sebagai satu hadiah sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang akan tiba beberapa hari lagi.

Bahkan ini juga memberi isyarat bahawa UMNO Maran pasti akan bangkit selepas kekalahan 0-4 kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 lalu. Malah Shahaniza sendiri tewas di kerusi Parlimen Maran ketika itu.

Kebangkitan Shahaniza tidak boleh dinafikan lagi, malah beliau turut menang dengan majoriti 509 bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Maran.

Paling menarik, bukan sahaja para penyokong beliau yang mengucapkan tahniah kepadanya selepas menang.

Malah ada kumpulan yang selama ini mencaci dan menghina beliau konon bertanggungjawab atas kekalahan BN gagal mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Pahang selepas PRU-15 lalu, kini turut hadir mengucapkan syabas kepadanya.

Ini bermakna, semua pihak terutama penyokong UMNO di Pahang, mula melihat Shahaniza adalah 'permata bersinar' yang akan mewarnai politik negara pada masa akan datang.

Masa depan politiknya yang cuba dihancurkan oleh sesetengah pihak, baik diperingkat bahagian mahu pun negeri kini bergermerlapan kembali.

Shahaniza yang disangka 'lemah semangat' selepas kalah PRU-15 kini bangkit kembali, malah lebih hebat daripada sebelumnya.

Inilah kehebatan anak jati Chenor, Maran itu sebenarnya. Siapa sangka selepas tewas dia boleh ke tahap ini.

Shahaniza bukan sahaja mewakili UMNO Maran, malahan juga UMNO Pahang itu sendiri sebenarnya. Dulu beliau pernah bergelar Ketua Puteri UMNO Pahang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul dan kemudiannya menjadi exco kerajaan Pahang untuk beberapa penggal.

Kini beliau pasti membawa suara anak Pahang ke peringkat yang lebih tinggi lagi selepas berada bersama barisan kepimpinan UMNO pusat pula.

Moga harapan dan tanggungjawab yang bakal digalas dapat dilakukan dengan baik oleh Shahaniza. 'Kalah tidak bererti mengalah, namun beliau terus buat kerja demi maruah UMNO'.

Kini, terbukti Shahaniza bukan calang-calang pemimpin. Khidmatnya ditagih untuk membawa perubahan besar kepada UMNO secara keseluruhannya. Moga Shahaniza dapat melakukan yang terbaik.

Apa yang penting ialah agenda memperkasakan anak-anak muda agar kembali menyokong UMNO Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang akan datang. Selamat maju jaya buat Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin. #PahangDaily



Demikianlah Artikel MKT: Kemenangan Shahaniza Beri Isyarat UMNO Maran Bangkit Semula Selepas Ini

Sekianlah artikel MKT: Kemenangan Shahaniza Beri Isyarat UMNO Maran Bangkit Semula Selepas Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MKT: Kemenangan Shahaniza Beri Isyarat UMNO Maran Bangkit Semula Selepas Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/03/mkt-kemenangan-shahaniza-beri-isyarat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MKT: Kemenangan Shahaniza Beri Isyarat UMNO Maran Bangkit Semula Selepas Ini"

Catat Ulasan

Loading...