Loading...

Perwakilan Wanita UMNO Pekan Terkejut Dengan 'Mesej Tular' Serta Kelibat Calon Ketua Bahagian Semasa Hari Pengundian

Loading...
Perwakilan Wanita UMNO Pekan Terkejut Dengan 'Mesej Tular' Serta Kelibat Calon Ketua Bahagian Semasa Hari Pengundian - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perwakilan Wanita UMNO Pekan Terkejut Dengan 'Mesej Tular' Serta Kelibat Calon Ketua Bahagian Semasa Hari Pengundian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perwakilan Wanita UMNO Pekan Terkejut Dengan 'Mesej Tular' Serta Kelibat Calon Ketua Bahagian Semasa Hari Pengundian
link : Perwakilan Wanita UMNO Pekan Terkejut Dengan 'Mesej Tular' Serta Kelibat Calon Ketua Bahagian Semasa Hari Pengundian

Baca juga


Perwakilan Wanita UMNO Pekan Terkejut Dengan 'Mesej Tular' Serta Kelibat Calon Ketua Bahagian Semasa Hari Pengundian

 

PEKAN - Pemilihan jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pekan baru-baru ini dilaporkan sedikit 'tercemar' apabila beberapa insiden yang tidak diingini berlaku.

Antaranya ada dakwaan kertas undi hilang dan kelibat mundar mandir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly. Beliau kini adalah pemangku ketua bahagian itu.

Beliau kini menjadi 'caretaker' jawatan Ketua UMNO bahagian itu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda ke atas penyandangnya, Datuk Seri Najib Razak tahun lalu. 

Pada pemilihan kali ini, penyandang Datuk Zalmah Abdul Rahman berjaya mempertahankan jawatan tersebut.

Cuma persoalan yang timbul dikalangan perwakilan wanita UMNO Pekan ialah keliru dengan kelibat Dato' Sri Zamry (Andak) pada hari itu.

Menurut seorang perwakilan, beliau melihat seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

"Beliau (Andak) mundar mandir, keluar masuk dan seolah-olah memberi satu arahan atau isyarat kepada perwakilan yang sedang mengundi ketika itu.

"Namun tidak jelas kedengaran kerana saya menyaksikan adengan itu dari jauh sahaja," katanya.

Sementara itu difahamkan, ramai perwakilan kini keliru dengan mesej arahan yang dikeluarkan dalam group whatsapp yang dipercayai disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.

"Hati2 nak memilih.dia kira nak kejar jawatan dapat jawatan jenguk 5 tahun sekali.nanti org pilih lagi.ini lah sebabnya tiga bhgn yg dipimpin oleh exco kalah habis satu kerusi pun tak tinggal. Mintak jauh kan pemimpin yg macam ni di Pekan," kata kenyataan mesej yang tular dipercayai daripada salah seorang calon jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan sendiri.

Pemilihan akan diadakan pada 18 Mac ini, makanya mungkin akibat terdesak mesej tersebut disebarkan agar para perwakilan tidak mengundi calon lain yang dimaksudkan.

Pertembungan tiga penjuru bagi jawatan itu pada pemilihan kali ini menyaksikan Datuk Sri Zamri akan ditentang oleh Pengerusi Biro Penerangan UMNO Pekan, Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd. Arif yang juga merupakan ADUN Bebas dan exco Kerajaan Negeri Pahang.

Seorang lagi calon ialah bekas Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad. Beliau juga merupakan mantan ADUN Bebar untuk beberapa penggal sebelum ini.

"Saya syak mesej tular itu daripada Datuk Sri Zamry sendiri. Tidak. mungkin daripada Datuk Seri Ishak. Tambahan pula pertembungan kali ini agak sengit dan amat mendebarkan," kata seorang perwakilan.

Justeru, perwakilan UMNO Bahagian Pekan digesa berhati-hati dengan segala mesej yang tular menjelang hari pengundian ini.

Buat pilihan yang tepat dan pilihlah mana-mana calon yang membawa aspirasi dan sealiran dengan Kerajaan Pahang sendiri, bagi memudahkan urusan yang berkaitan.

Kesilapan memilih pemimpin yang cuba menjatuhkan kerajaan, dan tidak akur dengan keputusan pucuk pemimpin tertinggi UMNO Pahang pasti akan mengundang padah akhirnya. #PahangDaily



Demikianlah Artikel Perwakilan Wanita UMNO Pekan Terkejut Dengan 'Mesej Tular' Serta Kelibat Calon Ketua Bahagian Semasa Hari Pengundian

Sekianlah artikel Perwakilan Wanita UMNO Pekan Terkejut Dengan 'Mesej Tular' Serta Kelibat Calon Ketua Bahagian Semasa Hari Pengundian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perwakilan Wanita UMNO Pekan Terkejut Dengan 'Mesej Tular' Serta Kelibat Calon Ketua Bahagian Semasa Hari Pengundian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/03/perwakilan-wanita-umno-pekan-terkejut.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perwakilan Wanita UMNO Pekan Terkejut Dengan 'Mesej Tular' Serta Kelibat Calon Ketua Bahagian Semasa Hari Pengundian"

Catat Ulasan

Loading...