Loading...

Sebutan Kes Saman RM1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap CMK Pada 21 Jun Ini !

Loading...
Sebutan Kes Saman RM1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap CMK Pada 21 Jun Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebutan Kes Saman RM1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap CMK Pada 21 Jun Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebutan Kes Saman RM1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap CMK Pada 21 Jun Ini !
link : Sebutan Kes Saman RM1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap CMK Pada 21 Jun Ini !

Baca juga


Sebutan Kes Saman RM1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap CMK Pada 21 Jun Ini !

 

TEMERLOH: Sebutan kes saman RM1 juta yang difailkan oleh Kerajaan Pahang terhadap aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli, 52, akan didengari di Mahkamah Tinggi Temerloh di sini pada 21 Jun 2023 ini.

Terdahulu, Shukri yang hadir dalam prosiding pengurusan kesnya hari ini memberitahu mahkamah beliau tidak mempunyai peguambela yang akan mewakilinya selepas peguam Mohd Harris Abdullah dari The Law Office Of Mohd Harris menarik diri pada 13 Februari lalu.

Shukri atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) telah disaman sebanyak RM1 juta berhubung dakwaan fitnah mengaitkan isu pembalakan dengan banjir lumlur yang melanda Bentong pada Disember 2021.

Turut disaman ialah tiga lagi aktivis iaitu Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil (bekas Presiden PEKA), Khaidir Ahmad (bekas Ketua Pengarang Berita TV3) dan Wong Tuck (bekas Ahli Parlimen Bentong).

Ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Tinggi Temerloh pagi tadi Shukri mendakwa dia kemungkinan besar berhadapan kes itu tanpa peguambela.

"Saya cuba dapatkan peguam, namun mereka mengenakan caj yang terlalu tinggi memandangkan kes ini beliau lawan Kerajaan Pahang.

"Ada pula peguam yang tidak berani ambil risiko membelanya kerana turut ada komitmen dengan kerajaan negeri. Maka itu mereka takut untuk membela saya di mahkamah," katanya.

Sementara itu peguam yang mewakili Kerajaan Pahang dalam kes ini iaitu Hidayah Ishak & Partner meminta hakim meneruskan tarikh perbicaraan penuh kes ini yang ditetapkan selama lima hari bermula 18 hingga 22 Disember 2023 ini.

Turut hadir menemani Shukri di mahkamah hari ini ialah pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah)  Maran, Hj Ahmad Shuhor Awang

"Sepatutnya kes ini diselesaikan luar mahkamah kerana saya tahu Shukri kini mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Pahang terutama Menteri Besar sendiri. 

"Namun kalau ia terus dibicarakan, saya yakin Shukri juga akan dapat pertahakan dirinya untuk mencapai kemenangan," kata bekas calon PH Parlimen Maran pada PRU-15 itu. PDO



Demikianlah Artikel Sebutan Kes Saman RM1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap CMK Pada 21 Jun Ini !

Sekianlah artikel Sebutan Kes Saman RM1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap CMK Pada 21 Jun Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebutan Kes Saman RM1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap CMK Pada 21 Jun Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/03/sebutan-kes-saman-rm1-juta-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sebutan Kes Saman RM1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap CMK Pada 21 Jun Ini !"

Catat Ulasan

Loading...