Loading...

Aktiviti Berbuka Puasa 'Jalan Mati' Felda Bukit Kuantan Jadi Tular Di Media Sosial

Loading...
Aktiviti Berbuka Puasa 'Jalan Mati' Felda Bukit Kuantan Jadi Tular Di Media Sosial - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aktiviti Berbuka Puasa 'Jalan Mati' Felda Bukit Kuantan Jadi Tular Di Media Sosial, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aktiviti Berbuka Puasa 'Jalan Mati' Felda Bukit Kuantan Jadi Tular Di Media Sosial
link : Aktiviti Berbuka Puasa 'Jalan Mati' Felda Bukit Kuantan Jadi Tular Di Media Sosial

Baca juga


Aktiviti Berbuka Puasa 'Jalan Mati' Felda Bukit Kuantan Jadi Tular Di Media Sosial

  

KUANTAN: Aktiviti berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) dekat Jalan Mahkota sudah terlalu lazim dalam kalangan penduduk  di sini.

Untuk penduduk di Jalan Dahlia, Blok 6, Peringkat Dua, Felda Bukit Kuantan pula, mereka memilih untuk menjadikan jalan mati di laluan itu sebagai tapak majlis berbuka puasa.

Pencetus idea untuk aktiviti berbuka puasa di jalan mati itu adalah Maslina Mansor, 28 tahun dan ia menjadi tular di media sosial awal bulan ini.

Maslina ketika ditemui semalam berkata, idea untuk menganjurkan aktiviti itu tercetus secara spontan ketika berbual bersama jirannya yang lain.

"Mula-mula kita bincang sesama kita saja, selepas itu (perbincangan) menjadi lebih serius dan kita sepakat untuk hebahkan dalam kumpulan WhatsApp kejiranan kami.

"Jadi di situlah bermula dengan (buat) poster dan dapat pula sokongan daripada semua keluarga yang menetap di Jalan Dahlia ini," katanya.

Maslina yang sudah tidak mempunyai ibu bapa, mengakui aktiviti berbuka puasa beramai-ramai itu dapat mengisi kekosongan ketika menjalani ibadat puasa.

"Bila ada aktiviti macam ini, saya dapat merasakan kembali (suasana) berbuka dengan keluarga besar, lagipun kami di sini memang rapat macam keluarga sebenar," katanya lagi.

Sementara itu, Noratiha Mahmud, 31, berkata, dia sangat teruja dengan keakraban jiran-jiran di blok berkenaan malah tidak berasa asing walaupun bukan berasal dari Bukit Kuantan.

“Saya (berasal) dari Felda Jengka 10 (Maran), suami orang sini (Felda Bukit Kuantan) dan sudah lapan tahun tinggal di sini.

"Awal bulan (Ramadan) kami sudah buat aktiviti berbuka macam petang ini dan tak sangka ia menjadi viral serta mendapat perhatian orang ramai.

"Jadi, memandangkan kita dah masuk minggu terakhir Ramadan, kami fikir bagus juga kalau buat lagi sekali aktiviti berbuka di sini," katanya.

Dia turut mengakui aktiviti itu dapat merapatkan lagi hubungan antara mereka dan mengenali lebih dekat ahli keluarga yang menetap di situ. #sumber



Demikianlah Artikel Aktiviti Berbuka Puasa 'Jalan Mati' Felda Bukit Kuantan Jadi Tular Di Media Sosial

Sekianlah artikel Aktiviti Berbuka Puasa 'Jalan Mati' Felda Bukit Kuantan Jadi Tular Di Media Sosial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aktiviti Berbuka Puasa 'Jalan Mati' Felda Bukit Kuantan Jadi Tular Di Media Sosial dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/04/aktiviti-berbuka-puasa-jalan-mati-felda.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Aktiviti Berbuka Puasa 'Jalan Mati' Felda Bukit Kuantan Jadi Tular Di Media Sosial"

Catat Ulasan

Loading...