Loading...

Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan DiRaja

Loading...
Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan DiRaja - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan DiRaja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan DiRaja
link : Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan DiRaja

Baca juga


Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan DiRaja

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan mengemukakan penghakiman menentang oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli kepada Yang di-Pertuan Agong dalam permohonan petisyen pengampunannya.

Bekas Perdana Menteri itu memfailkan petisyen pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (PP) pada 2 September 2022, susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata dalam permohonan petisyen pengampunan, pihaknya menyatakan Najib tidak diberikan perbicaraan yang adil dan rayuannya langsung tidak didengar di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu serta panel hanya mendengar hujahan pendakwaan (sebelah pihak).

Muhammad Shafee berkata, penghakiman menentang itu sudah dimasukkan dalam permohonan untuk mendapatkan pengampunan diraja dan ia akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong minggu ini.

"Permohonan (petisyen pengampunan) ini sama seperti apa yang Hakim Abdul Rahman nyatakan dalam penghakimannya.

"Kami akan hantar penghakiman ini kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dibaca. Kami juga akan hantar penghakiman majoriti untuk dilihat bagi perbandingan.

"Hakim kanan (Abdul Rahman) bersetuju dengan kedudukan pembelaan, dan oleh itu Yang di-Pertuan Agong harus digalakkan untuk melihat bahawa terdapat juga aspek ini untuk dipertimbangkan dalam permohonan pengampunan itu," katanya.

Muhammad Shafee berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding sebutan kes pecah amanah dihadapi Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Dalam penghakimannya 31 Mac lalu, Abdul Rahman berkata, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir Najib gagal memberikan keputusan yang saksama kerana beliau dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Abdul Rahman yang mempengerusikan panel lima hakim dalam permohonan semakan Najib, berkata sehubungan itu perintah sewajarnya yang diberikan adalah Najib dilepas dan dibebaskan daripada semua kesalahan yang dikenakan ke atasnya.

Bagaimanapun empat lagi hakim dalam panel iaitu Datuk Vernon Ong Lam Kiat bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais menolak permohonan kebenaran Najib untuk menyemak keputusan rayuan akhir itu. #sumber



Demikianlah Artikel Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan DiRaja

Sekianlah artikel Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan DiRaja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan DiRaja dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/04/kenyataan-hakim-mahu-najib-bebas-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan DiRaja"

Catat Ulasan

Loading...