Loading...

NGO Gesa PAIP "Segerakan" Kerja Projek Rekabentuk, Pasang Paip MSCL Di Maran

Loading...
NGO Gesa PAIP "Segerakan" Kerja Projek Rekabentuk, Pasang Paip MSCL Di Maran - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO Gesa PAIP "Segerakan" Kerja Projek Rekabentuk, Pasang Paip MSCL Di Maran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO Gesa PAIP "Segerakan" Kerja Projek Rekabentuk, Pasang Paip MSCL Di Maran
link : NGO Gesa PAIP "Segerakan" Kerja Projek Rekabentuk, Pasang Paip MSCL Di Maran

Baca juga


NGO Gesa PAIP "Segerakan" Kerja Projek Rekabentuk, Pasang Paip MSCL Di Maran

MARAN: Apa sudah jadi dengan projek merekebentuk dan memasang paip jenis Mild Steel Cement Line (MSCL) dari Tangki Air Pengimbang Pekan Tajau ke Pekan Sri Jaya dekat sini.

Projek dibawah Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sepatutnya dimulakan kerja pada Disember 2022 yang lalu. Namun, sehingga ke hari ini masih belum ada tanda-tanda sebarang kerja berkaitan dilakukan.

Rata-rata warga Maran yang ditemui di sini meluahkan rasa tidak puas hati atas perkara tersebut kerana ia menyebabkan gangguan bekalan air terus berlaku di kawasan ini sekarang.

Menurut seorang peniaga, beliau sedih kerana isu air masih gagal ditangani dengan baik oleh pihak kerajaan.

"Akibat tiada tindakan penukaran baru, maka sering berlaku kerosakan terutamanya isu paip pecah. Ia menyulitkan peniaga seperti kami yang menjadikan air sebagai sumber rezeki. 

"Saya harap PAIP dapat laksanakan kerja mengikut jadual yang ditetapkan. Dah lewat dekat empat bulan sekarang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Progresif Peduli Maran (PEDULI), Haji Ahmad Syuhor Awang, 60, yang ditemui berkata projek ini wajar dilaksanakan segera demi kepentingan rakyat setempat.


"Selalu berlaku paip pecah yang tidak menentu dari sepanjang jalan dari Luit,  bandar Maran, Serengkam, Senggora, Lubuk Paku dan sekitarnya.

"Kalau dilihat kepada papan tanda yang terpacak, jelas menunjukkan tarikh mula kerja ialah pada 30 Disember 2022.

"Maknanya kerja sepatutnya sudah dijalankan oleh kontraktor yang dilantik. Namun hari ini dah 30 April 2023, maka genap empat bulan daripada tarikh tersebut. Peliknya, masih tidak ada sebarang kerja yang dilakukan," katanya. 


Beliau amat berharap, Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Hj Wan Rosdy dapat mengambil maklum dan perhatian terhadap isu ini.

"Saya amat yakin Wan Rosdy amat prihatin serta mendengar denyut nadi dan suara rakyat marhaen. Sampai bila warga Maran harus berhadapan dengan masalah yang tiada kesudahannya ini.

"Atas sikap cakna Wan Rosdy, saya amat berharap projek ini dapat diteruskan segera demi kepentingan masyarakat setempat.

"InsyaAllah, dalam masa terdekat saya akan membawa perkara ini kepada pihak atasan PAIP Pahang untuk tindakan selanjutnya," kata Haji Ahmad Syuhor lagi. #PahangDaily



Demikianlah Artikel NGO Gesa PAIP "Segerakan" Kerja Projek Rekabentuk, Pasang Paip MSCL Di Maran

Sekianlah artikel NGO Gesa PAIP "Segerakan" Kerja Projek Rekabentuk, Pasang Paip MSCL Di Maran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO Gesa PAIP "Segerakan" Kerja Projek Rekabentuk, Pasang Paip MSCL Di Maran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/04/ngo-gesa-paip-segerakan-kerja-projek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "NGO Gesa PAIP "Segerakan" Kerja Projek Rekabentuk, Pasang Paip MSCL Di Maran"

Catat Ulasan

Loading...