Judul : 'Rodong Temerloh' Jadi Perhatian, Wajah Gaya ‘Oppa’ Tapi Cakap Loghat Pahang !
link : 'Rodong Temerloh' Jadi Perhatian, Wajah Gaya ‘Oppa’ Tapi Cakap Loghat Pahang !
'Rodong Temerloh' Jadi Perhatian, Wajah Gaya ‘Oppa’ Tapi Cakap Loghat Pahang !
SETIAP negeri di Malaysia mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Selain kaya dengan kepelbagaian budaya, setiap negeri turut mempunyai cara pertuturan menggunakan loghat yang berbeza-beza.
Di aplikasi TikTok, seorang pemuda turut meraih populariti gara-gara video santainya yang suka berborak dalam loghat negeri Pahang.
Ketika dihubungi, anak jati Temerloh yang mahu dikenali sebagai Fadz itu mengakui tidak menyangka cara pertuturannya berupaya menarik perhatian netizen.
"Saya sebenarnya dah lama ada akaun TikTok. Tapi, akaun saya tiba-tiba 'boom' sebab saya cakap dalam bahasa Pahang.
"Awalnya saya hanya stitch video orang. Ada seorang perempuan tu cakap dia tak suka lelaki Melayu muka Cina. Jadi saya balas videonya.
"Tiba-tiba video itu blow up di TikTok. Ramai netizen kata mereka seronok dengar saya berborak dalam loghat macam tu," ujar pemuda berusia 31 tahun itu.
Menurut Fadz, dia menyedari bahawa masih ramai yang tidak peka dengan kewujudan loghat Pahang selepas video miliknya tular di media sosial.
"Kebanyakannya komen minta saya hasilkan lagi video cakap Pahang. Dalam masa sama, ramai sebenarnya yang tak tahu bahasa Pahang. #sumber
Demikianlah Artikel 'Rodong Temerloh' Jadi Perhatian, Wajah Gaya ‘Oppa’ Tapi Cakap Loghat Pahang !
Anda sekarang membaca artikel 'Rodong Temerloh' Jadi Perhatian, Wajah Gaya ‘Oppa’ Tapi Cakap Loghat Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/04/rodong-temerloh-jadi-perhatian-wajah.html
0 Response to "'Rodong Temerloh' Jadi Perhatian, Wajah Gaya ‘Oppa’ Tapi Cakap Loghat Pahang !"
Catat Ulasan