Loading...

Tiga Projek 'Menaiktaraf' Infrastruktur Di Kuantan Siap Sebelum Hujung Tahun Ini !

Loading...
Tiga Projek 'Menaiktaraf' Infrastruktur Di Kuantan Siap Sebelum Hujung Tahun Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga Projek 'Menaiktaraf' Infrastruktur Di Kuantan Siap Sebelum Hujung Tahun Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga Projek 'Menaiktaraf' Infrastruktur Di Kuantan Siap Sebelum Hujung Tahun Ini !
link : Tiga Projek 'Menaiktaraf' Infrastruktur Di Kuantan Siap Sebelum Hujung Tahun Ini !

Baca juga


Tiga Projek 'Menaiktaraf' Infrastruktur Di Kuantan Siap Sebelum Hujung Tahun Ini !

  

KUANTAN: Tiga projek utama di bandar raya ini yang menaik taraf infrastruktur semasa, berjalan mengikut jadual dan bakal siap sepenuhnya sebelum hujung tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, setakat ini kerajaan negeri berpuas hati dengan perkembangan projek itu.

Ia termasuk projek naik taraf laluan Gambang ke Segamat, pembinaan jambatan kedua yang menghubungkan bandar Kuantan ke Tanjung Lumpur serta projek pembetungan fasa satu.

Katanya, bagi projek naik taraf Jalan Jabor-Jerangau di Balok pula dijangka akan selesai pada 2025.

"Saya diberi penjelasan oleh pihak kontraktor bahawa jambatan kedua Tanjung Lumpur ke pusat bandar merentasi Sungai Kuantan boleh disiapkan pada Ogos tahun ini.

"Projek naik taraf Jalan Gambang – Segamat pula, pihak terbabit akan menyerahkannya pada Mei depan," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohammad Fakhruddin berkata, bagi projek pembetungan di Jalan Teluk Sisek di sini, ia siap sepenuhnya dan sudah dibuka kepada lalu lintas, Sabtu lalu sekali gus menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas di laluan itu.

"Baki projek pembetungan iaitu di Jalan Gambut dan Sungai Soi (Pak Mahat dan Bandar Putra) kini di peringkat terakhir kerja-kerja pembangunan dan dijangka dapat disiapkan tidak lama lagi," katanya.

Beliau mengarahkan agensi dan pihak bertanggungjawab supaya bekerjasama dengan baik dalam memastikan semua projek dilaksana mengikut piawaian, tatacara dan jadual yang ditetapkan.

Tambahnya, kerajaan negeri terus berusaha sebaik mungkin bagi memastikan rakyat mendapat kebaikan daripada setiap usaha yang dilaksana. #sumber



Demikianlah Artikel Tiga Projek 'Menaiktaraf' Infrastruktur Di Kuantan Siap Sebelum Hujung Tahun Ini !

Sekianlah artikel Tiga Projek 'Menaiktaraf' Infrastruktur Di Kuantan Siap Sebelum Hujung Tahun Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga Projek 'Menaiktaraf' Infrastruktur Di Kuantan Siap Sebelum Hujung Tahun Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/04/tiga-projek-menaiktaraf-infrastruktur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiga Projek 'Menaiktaraf' Infrastruktur Di Kuantan Siap Sebelum Hujung Tahun Ini !"

Catat Ulasan

Loading...