Loading...

Ahli UMNO Di Ingatkan Agar Tidak Mudah Terperangkap Cubaan Goyah Kestabilan !

Loading...
Ahli UMNO Di Ingatkan Agar Tidak Mudah Terperangkap Cubaan Goyah Kestabilan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli UMNO Di Ingatkan Agar Tidak Mudah Terperangkap Cubaan Goyah Kestabilan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli UMNO Di Ingatkan Agar Tidak Mudah Terperangkap Cubaan Goyah Kestabilan !
link : Ahli UMNO Di Ingatkan Agar Tidak Mudah Terperangkap Cubaan Goyah Kestabilan !

Baca juga


Ahli UMNO Di Ingatkan Agar Tidak Mudah Terperangkap Cubaan Goyah Kestabilan !

 

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengingatkan ahli parti agar tidak mudah terperangkap dengan mainan politik pihak tertentu yang cuba mengkucar-kacirkan kestabilan kerajaan yang ada hari ini.

Beliau berpandangan momokan seperti undi Dap dan sebagainya adalah sebahagian daripada tindakan terdesak mereka setelah melihat kesepaduan di dalam Kerajaan Perpaduan hari ini mula menampakkan hasil.

“Ingin saya tegaskan… bukankah yang akan bertanding kelak sama ada calon-calon yang mewakili Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) serta rakan gabungan yang lain.

“Sama ada calon daripada parti mana sekalipun sudah tentu mereka akan bertanding atas kapasiti PH dan sebagainya lagi. Jadi tidak timbul soal undi Dap atau mana-mana parti politik tertentu di dalam pilihan raya akan datang.

“Sebenarnya mereka cuba memainkan persepsi dan mengelirukan rakyat semata-mata. Hari ini kita bersama di dalam Kerajaan Perpaduan seperti mana yang umum tahu pasca Pilihan Raya Umum (PRU) lalu… jadi soal kestabilan ini amat penting dan sudah pastilah kita mahu kerajaan negeri dan pusat selari,” katanya. 

Atas dasar itulah tambah beliau lagi mana-mana calon PH atau BN sudah pasti ini yang akan dipilih dalam usaha memastikan kesinambungan serta kestabilan dapat dijayakan.

“Ini adalah ‘political arrangement’… kalau kita mahu lihat kemenangan dan Kerajaan Perpaduan dapat diselarikan di peringkat negeri maka perlulah undi parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan hari ini.

“Masing-masing baik di peringkat BN dan PH saling memberikan kepercayaan mereka kepada calon yang diketengahkan, sudah pasti akan membawa kejayaan kelak.

“Tidak ada logo UMNO mahu pun logo Dap. Yang ada sama ada BN atau PH. Jadi janganlah kita mudah terperangkap dengan dakyah yang sekadar untuk mengelirukan ahli serta pendokong dan penyokong yang lain,” ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel Ahli UMNO Di Ingatkan Agar Tidak Mudah Terperangkap Cubaan Goyah Kestabilan !

Sekianlah artikel Ahli UMNO Di Ingatkan Agar Tidak Mudah Terperangkap Cubaan Goyah Kestabilan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli UMNO Di Ingatkan Agar Tidak Mudah Terperangkap Cubaan Goyah Kestabilan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/05/ahli-umno-di-ingatkan-agar-tidak-mudah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ahli UMNO Di Ingatkan Agar Tidak Mudah Terperangkap Cubaan Goyah Kestabilan !"

Catat Ulasan

Loading...