Judul : Lelaki Maut Tergelincir, Jatuh 20 Meter Ke Dalam Gaung Di Genting Highlands !
link : Lelaki Maut Tergelincir, Jatuh 20 Meter Ke Dalam Gaung Di Genting Highlands !
Lelaki Maut Tergelincir, Jatuh 20 Meter Ke Dalam Gaung Di Genting Highlands !
KUANTAN: Seorang lelaki maut dipercayai akibat tergelincir sebelum, terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di KM, jalan naik ke Genting Highlands, Bentong hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Mohd Saufi Zakaria, berkata lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan sedang melakukan pemantauan di lereng bukit bagi kerja pemasangan paip, sebelum tergelincir.
Beliau berkata, lapan anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.53 petang.
"Bomba menjumpai lelaki itu kira-kira 3.30 petang, sebelum menjalankan operasi menaikan mayat itu menggunakan tali dan alat pengusung yang mengambil masa lebih sejam," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi selesai jam 5.00 petang. #sumber
Demikianlah Artikel Lelaki Maut Tergelincir, Jatuh 20 Meter Ke Dalam Gaung Di Genting Highlands !
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Maut Tergelincir, Jatuh 20 Meter Ke Dalam Gaung Di Genting Highlands ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/05/lelaki-maut-tergelincir-jatuh-20-meter.html
0 Response to "Lelaki Maut Tergelincir, Jatuh 20 Meter Ke Dalam Gaung Di Genting Highlands !"
Catat Ulasan