Loading...

Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut MP Kuantan Mohon Maaf !

Loading...
Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut MP Kuantan Mohon Maaf ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut MP Kuantan Mohon Maaf !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut MP Kuantan Mohon Maaf !
link : Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut MP Kuantan Mohon Maaf !

Baca juga


Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut MP Kuantan Mohon Maaf !

KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menggesa ahli parlimen pembangkang Wan Razali Wan Nor memohon maaf kepada warga jururawat kerana mengkritik etika pemakaian uniform jururawat wanita yang didakwanya ketat dan tidak patuh syariah.

Nga berkata Ahli Parlimen Kuantan dari PAS itu sepatutnya memberikan buah fikiran bernas bagi meningkatkan mutu kesihatan awam dan bukannya memperlekeh pakaian golongan yang banyak berjasa itu.

“Kita sangat kecewa dengan pembangkang (kerana) gagal berikan hujah bernas bagi membantu sistem kesihatan.

‘Sebaliknya pakaian mereka dijadikan bahan kritikan dan kami sangat kesal dengan kejadian ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kemampanan Komuniti Bandar: Fiesta Teluk Intan, Komuniti Bandar Dekat Dihati di Teluk Intan semalam.

Nga yang juga menteri pembangunan kerajaan tempatan berkata pemakaian uniform jururawat dan penjawat awam negara ini adalah mematuhi etika yang ditetapkan.

Menurutnya, kerajaan berdiri teguh bersama jururawat dan penjawat awam negara dan akan terus memberikan sokongan kepada golongan tersebut.

Wan Razali  ketika membahaskan usul Kertas Putih   di Dewan Rakyat, pada Rabu dilaporkan mempersoalkan etika pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan, yang didakwa berpakaian ketat      dan tidak patuh. syariah.

Wan Razali menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti semula etika pemakaian jururawat wanita, termasuk mempertimbang keperluan memberi kelonggaran kepada pihak klinik dan hospital menentukan etika berpakaian yang sesuai. #sumber



Demikianlah Artikel Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut MP Kuantan Mohon Maaf !

Sekianlah artikel Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut MP Kuantan Mohon Maaf ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut MP Kuantan Mohon Maaf ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/06/isu-pakaian-jururawat-tak-patuh-syariah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut MP Kuantan Mohon Maaf !"

Catat Ulasan

Loading...