Loading...

Mahkamah 'Menolak' Permohonan SPRM Untuk Tahan Reman Pegawai Kanan Polis

Loading...
Mahkamah 'Menolak' Permohonan SPRM Untuk Tahan Reman Pegawai Kanan Polis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah 'Menolak' Permohonan SPRM Untuk Tahan Reman Pegawai Kanan Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah 'Menolak' Permohonan SPRM Untuk Tahan Reman Pegawai Kanan Polis
link : Mahkamah 'Menolak' Permohonan SPRM Untuk Tahan Reman Pegawai Kanan Polis

Baca juga


Mahkamah 'Menolak' Permohonan SPRM Untuk Tahan Reman Pegawai Kanan Polis

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang gagal mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk menahan reman seorang pegawai kanan polis, hari ini.

Sebelum itu pegawai kanan polis terbabit yang disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah membabitkan nilai lebih RM1 juta dibawa ke Mahkamah Majistret, dekat sini. 

Bagaimanapun majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menolak permohonan dikemukakan SPRM kerana masalah teknikal.

Agensi antirasuah itu sepatutnya mengemukakan permohonan reman menggunakan akta mereka sendiri, iaitu Seksyen 49 Akta SPRM.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rifah Izzati Abdul Mutalif, ketika mengemukakan permohonan reman pagi tadi menggunakan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Peguam mewakili suspek, Bob Arumugam, ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosedur selesai memberitahu, SPRM boleh mengkehendaki suspek menandatangani bon atau ikat jamin jika mereka tidak dapat menyelesaikan siasatan.

Katanya, selepas gagal mendapatkan kebenaran menahan reman suspek, SPRM hanya mempunyai masa 24 jam untuk melengkapkan siasatan mereka sebelum membebaskan pegawai kanan polis terbabit.

"Ini bermakna mereka (SPRM) boleh menahan anak guam saya sehingga jam 4 petang ini bagi tujuan siasatan," katanya.

Pegawai kanan polis yang juga ketua polis daerah itu ditahan petang semalam ketika dipanggil untuk dirakam keterangan di pejabat SPRM Pahang.

Suspek dikatakan menerima suapan lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022.

Suapan itu didakwa bagi melindungi kegiatan pusat hiburan dan pusat urut yang beroperasi dalam daerah diketuainya.

Semalam, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, memberitahu pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terbukti melakukan kesalahan membabitkan integriti.

Dia turut memberi jaminan polis Pahang akan memberi kerjasama kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan kes itu. #sumber



Demikianlah Artikel Mahkamah 'Menolak' Permohonan SPRM Untuk Tahan Reman Pegawai Kanan Polis

Sekianlah artikel Mahkamah 'Menolak' Permohonan SPRM Untuk Tahan Reman Pegawai Kanan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah 'Menolak' Permohonan SPRM Untuk Tahan Reman Pegawai Kanan Polis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/06/mahkamah-menolak-permohonan-sprm-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah 'Menolak' Permohonan SPRM Untuk Tahan Reman Pegawai Kanan Polis"

Catat Ulasan

Loading...