Judul : Seramai 8,000 Penjawat Awam, Pesara Kerajaan Pahang Dapat 'Bantuan Khas' !
link : Seramai 8,000 Penjawat Awam, Pesara Kerajaan Pahang Dapat 'Bantuan Khas' !
Seramai 8,000 Penjawat Awam, Pesara Kerajaan Pahang Dapat 'Bantuan Khas' !
KUANTAN: Kerajaan Pahang meluluskan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM2.4 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata penerima layak ialah penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah yang akan menerima RM300 seorang, membabitkan 8,000 orang termasuk pegawai serta kakitangan kontrak.
Katanya, pesara kerajaan negeri akan menerima RM200 seorang.
"Pemberian bantuan khas ini membabitkan implikasi kewangan RM2.4 juta dan pembayaran akan dibuat September ini," katanya dalam kenyataan, semalam.
Wan Rosdy berkata, pemberian itu juga sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.
"Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini, penjawat awam di Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Seramai 8,000 Penjawat Awam, Pesara Kerajaan Pahang Dapat 'Bantuan Khas' !
Anda sekarang membaca artikel Seramai 8,000 Penjawat Awam, Pesara Kerajaan Pahang Dapat 'Bantuan Khas' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/08/seramai-8000-penjawat-awam-pesara.html
0 Response to "Seramai 8,000 Penjawat Awam, Pesara Kerajaan Pahang Dapat 'Bantuan Khas' !"
Catat Ulasan