Loading...

Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi PRK DUN Pelangai

Loading...
Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi PRK DUN Pelangai - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi PRK DUN Pelangai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi PRK DUN Pelangai
link : Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi PRK DUN Pelangai

Baca juga


Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi PRK DUN Pelangai

 

BENTONG: Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, bulan depan.

Majlis pengumuman calon disempurnakan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di Majlis Daerah Bentong, malam tadi.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, pemilihan Amizar dibuat selepas perbincangan dan persetujuan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Jadi saya harap, bagi rakan-rakan yang disebut (sebagai calon) tetapi tak tersenarai, tidak merajuk atau bercuti. Kita sebagai orang parti, tolonglah kawan kita ini (Amizar) untuk menang di Pelangai.

"Ahli UMNO ada 3,040 orang di Pelangai, jadi saya harap kita ahli parti kerja keras, dapat keluarkan sekurang-kurangnya 90 peratus ahli kita keluar mengundi, terus bagi sokongan dan dukungan supaya calon kita boleh menang dengan cemerlang," katanya.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Naib Presiden MIC, Datuk M Asojan.

Amizar, 53, pernah bertanding bagi kerusi DUN Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetapi tewas kepada calon Pakatan Harapan, Su Keong Siong.

Sementara itu, Amizar yang berasal dari FELDA Chemomoi dalam DUN Pelangai, secara rendah hati akan cuba menterjemahkan mandat dan kepercayaan parti dalam bentuk kemenangan pada PRK Pelangai.

"Saya akan usahakan kemenangan, saya nak teruskan khidmat, teruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun kepada Pelangai," katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan dan Kepimpinan Strategik Universiti Sains Malaysia (USM).

PRK DUN Pelangai diadakan pada 7 Oktober ini susulan kematian penyandang kerusi, Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada petang 17 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon berlangsung Sabtu ini, manakala 3 Oktober sebagai hari undi awal.

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat, calon PH Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad. #sumber



Demikianlah Artikel Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi PRK DUN Pelangai

Sekianlah artikel Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi PRK DUN Pelangai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi PRK DUN Pelangai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/amizar-abu-adam-diumum-sebagai-calon.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi PRK DUN Pelangai"

Catat Ulasan

Loading...