Loading...

Mantan PM, Ismail Sabri Mendakwa Tiga Felda Di Pelangai Masih 'Kubu Kuat' BN !

Loading...
Mantan PM, Ismail Sabri Mendakwa Tiga Felda Di Pelangai Masih 'Kubu Kuat' BN ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mantan PM, Ismail Sabri Mendakwa Tiga Felda Di Pelangai Masih 'Kubu Kuat' BN !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mantan PM, Ismail Sabri Mendakwa Tiga Felda Di Pelangai Masih 'Kubu Kuat' BN !
link : Mantan PM, Ismail Sabri Mendakwa Tiga Felda Di Pelangai Masih 'Kubu Kuat' BN !

Baca juga


Mantan PM, Ismail Sabri Mendakwa Tiga Felda Di Pelangai Masih 'Kubu Kuat' BN !

BENTONG: Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menepis dakwaan Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Felda kini bukan lagi kubu kuat bagi BN.

Sebaliknya kata bekas naib presiden UMNO itu, tiga Felda dalam kawasan DUN Pelangai iaitu Chemomoi, Kemahal dan Kemasul masih lagi kubu kuat BN.

"Ya lah itu andaian dia, tapi dari segi kita BN kita masih lagi menganggap BN sebagai kubu kuat kita. Simpanan tetap kepada kita, kubu kuat kepada kita.

"Untuk di Bentong ni, Pelangai ni, tiga Felda untuk PRU15 semua menang walaupun di tempat lain banyak kalah, tempat ini masih menang," katanya ketika ditemui di Felda Kemahal, dekat sini semalam.

Ismail Sabri meluangkan masa bertemu warga peneroka Felda Kemahal yang sinonim dengan Ahli Parlimen Bera itu.

Kehadirannya disambut dengan kenduri rakyat yang diadakan bersama warga Felda.

Warga peneroka dilihat masih lagi memberi sokongan dan setia kepada BN. 

Ahad lalu, Tuan Ibrahim mendakwa kawasan penempatan Felda kini tidak lagi menjadi kubu kuat UMNO.

Menurutnya, perkara itu terbukti apabila sokongan peneroka dilihat sudah beralih kepada Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya baru-baru ini.

"Kalau dulu sebut Felda, kubu UMNO sekarang tidak dan kini menjadi kubu kuat PAS dan Bersatu. Tengoklah pilihan raya baru-baru ini, mana ada Felda, kita menang besar.

"Yang paling tragis DUN Pulau Tawar yang mempunyai banyak Felda, iaitu 16 kawasan. Logik akal tak menang sebab peneroka hutang budi (kepada UMNO), tetapi PN menang juga," katanya dalam ceramah umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Felda Chemomoi.

Sementara itu, Ismail Sabri turut menasihatkan pengundi BN supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pihak lawan bahawa kemenangan calon PN tidak akan merubah kerajaan.

"Pengundi-pengundi jangan terpengaruh (bahawa) BN menang tak bawa perubahan kita masih memerintah di Pahang, itu dakyah mereka. Kita mesti pastikan kerusi ini kekal kepada UMNO, BN.

"Saya percaya gelombong hijau tidak akan sampai di Penagai ini, saya percaya UMNO, BN mampu mengekalkan kerusi ini yang secara tradisinya kita tidak pernah tercalar dengan kekalahan," katanya.

Ismail Sabri merayu pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab pada 7 Oktober nanti. #sumber



Demikianlah Artikel Mantan PM, Ismail Sabri Mendakwa Tiga Felda Di Pelangai Masih 'Kubu Kuat' BN !

Sekianlah artikel Mantan PM, Ismail Sabri Mendakwa Tiga Felda Di Pelangai Masih 'Kubu Kuat' BN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mantan PM, Ismail Sabri Mendakwa Tiga Felda Di Pelangai Masih 'Kubu Kuat' BN ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/09/mantan-pm-ismail-sabri-mendakwa-tiga.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mantan PM, Ismail Sabri Mendakwa Tiga Felda Di Pelangai Masih 'Kubu Kuat' BN !"

Catat Ulasan

Loading...