Loading...

Dato' Amizar Abu Adam Menang PRK Pelangai Dengan Majoriti 2,949 Undi

Loading...
Dato' Amizar Abu Adam Menang PRK Pelangai Dengan Majoriti 2,949 Undi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dato' Amizar Abu Adam Menang PRK Pelangai Dengan Majoriti 2,949 Undi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dato' Amizar Abu Adam Menang PRK Pelangai Dengan Majoriti 2,949 Undi
link : Dato' Amizar Abu Adam Menang PRK Pelangai Dengan Majoriti 2,949 Undi

Baca juga


Dato' Amizar Abu Adam Menang PRK Pelangai Dengan Majoriti 2,949 Undi

BENTONG: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, dalam pertembungan tiga penjuru.

BN menerusi calonnya, Datuk Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 47 undi.

Begitu pun, Amizar menang dengan majoriti undi lebih rendah iaitu sebanyak 2,949 undi berbanding 4,048 undi yang dimenangi penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Pengisytiharan keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Pengiraan Undi SPR di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul malam tadi.

Dengan kemenangan itu, BN terus mengekalkan 17 kerusi DUN sama jumlah dengan PH manakala PN kekal dengan lapan kerusi.

SPR merekodkan sebanyak 72.12 peratus daripada 16,456 pengundi menunaikan tanggungjawab pada PRK kali ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penyandang kerusi itu dari BN, Datuk Seri Johari Harun menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan calon Pejuang Isa Ahmad (65 undi).

PRK kerusi berkenaan diadakan selepas penyandang kawasan itu diisytihar kosong susulan kematian Johari yang terbabit nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor Ogos lalu. 

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan daripada 16,456 pengundi itu, seramai 36 adalah anggota polis manakala tiga lagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Proses pengundian bermula jam 8 pagi dan ditutup pada jam 6 petang, menyaksikan sebanyak sembilan pusat mengundi biasa membabitkan 30 saluran dibuka.

Mengikut data SPR memaklumkan daripada 16,456 pengundi itu, seramai 36 adalah anggota polis manakala tiga lagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK DUN Pelangai menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Oktober lalu, selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.

Berdasarkan rekod, DUN Pelangai mulai dijadikan kawasan DUN pada 1986 dan sejak itu ia diwakili wakil rakyat daripada BN-UMNO, dengan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mewakili kawasan itu untuk lapan penggal (1986-2022). #sumber



Demikianlah Artikel Dato' Amizar Abu Adam Menang PRK Pelangai Dengan Majoriti 2,949 Undi

Sekianlah artikel Dato' Amizar Abu Adam Menang PRK Pelangai Dengan Majoriti 2,949 Undi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dato' Amizar Abu Adam Menang PRK Pelangai Dengan Majoriti 2,949 Undi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/10/dato-amizar-abu-adam-menang-prk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dato' Amizar Abu Adam Menang PRK Pelangai Dengan Majoriti 2,949 Undi"

Catat Ulasan

Loading...