Loading...

Pelanggan Dakwa Nak Muntah Gara-Gara Di Hidang Patin Berbau Seperti Bangkai !

Loading...
Pelanggan Dakwa Nak Muntah Gara-Gara Di Hidang Patin Berbau Seperti Bangkai ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelanggan Dakwa Nak Muntah Gara-Gara Di Hidang Patin Berbau Seperti Bangkai !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelanggan Dakwa Nak Muntah Gara-Gara Di Hidang Patin Berbau Seperti Bangkai !
link : Pelanggan Dakwa Nak Muntah Gara-Gara Di Hidang Patin Berbau Seperti Bangkai !

Baca juga


Pelanggan Dakwa Nak Muntah Gara-Gara Di Hidang Patin Berbau Seperti Bangkai !

TEMERLOH: Keterujaan beberapa pelanggan untuk menikmati ikan patin bertukar menjadi mimpi ngeri apabila hidangan itu didakwa berbau busuk seperti bangkai dalam kejadian di sebuah kedai di sini baru-baru ini.

Lebih mengecewakan apabila aduan yang dibuat kepada peniaga kedai makan terbabit tidak diendahkan, malah ganti rugi juga tidak diberikan.

Pelanggan dikenali sebagai Hisham, 45, berkata, dia yang sering berulang alik ke Temerloh atas urusan kerja telah dua kali termakan masakan ikan patin berbau busuk.

“Ketika singgah di sebuah kedai, saya telah meminta bahagian tengah ikan patin masak tempoyak dan sebaik menjamahnya, saya rasakan bau yang sangat busuk.

“Tauke kedai kemudiannya tanya saya hendak tukar atau tidak, tetapi saya kata sudah tidak berselera kerana bau busuk,” katanya di sini semalam.

Katanya, meskipun ikan ber­kenaan berbau busuk dan tidak habis dimakan, namun dia berasa sedikit kecewa kerana tetap dikenakan bayaran seperti harga biasa iaitu sebanyak RM25.

Sementara itu, seorang pe­langgan daripada Kuantan dikenali Ellies Ezailin berkata, dia yang mengidam makan pais ikan patin di Temerloh juga amat terkilan apabila juadah yang dimakannya berbau busuk.

Katanya, kejadian berlaku pada Ahad lalu dan lebih mengecewakan apabila peniaga berkenaan memberi alasan ikan berkenaan ‘bergas’ menyebabkan ia berbau busuk.

“Saya makan makanan sayur kampung dengan pais patin, suapan pertama (sayur) terus sentap sebab masin sangat dan bila buka pais patin, baunya sa­ngat busuk macam bangkai. Saya berfikir positif kerana mungkin bau kawasan sekeliling.

“Bila cubit isi ikan, isinya lembik, tulang lembik dan berbau.

“Ini antara pengalaman paling pahit dan memang sukar dilupakan,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Pelanggan Dakwa Nak Muntah Gara-Gara Di Hidang Patin Berbau Seperti Bangkai !

Sekianlah artikel Pelanggan Dakwa Nak Muntah Gara-Gara Di Hidang Patin Berbau Seperti Bangkai ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelanggan Dakwa Nak Muntah Gara-Gara Di Hidang Patin Berbau Seperti Bangkai ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/10/pelanggan-dakwa-nak-muntah-gara-gara-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelanggan Dakwa Nak Muntah Gara-Gara Di Hidang Patin Berbau Seperti Bangkai !"

Catat Ulasan

Loading...