Judul : PRK Pelangai: Polis Pahang Telah Rakam Keterangan MB Kedah, Muhamad Sanusi
link : PRK Pelangai: Polis Pahang Telah Rakam Keterangan MB Kedah, Muhamad Sanusi
PRK Pelangai: Polis Pahang Telah Rakam Keterangan MB Kedah, Muhamad Sanusi
KUANTAN: Polis Pahang telah merakamkan percakapan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, difahamkan berhubung kenyataan yang dibuat semasa sesi ceramah pada 22 September lepas, sehari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata keterangan Muhammad Sanusi direkodkan di Balai Polis Manchis, Bentong pada 7 Oktober lepas, susulan terdapat dua laporan dibuat terhadap beliau.
"Keseluruhannya, kita sudah mengambil keterangan lima individu dan siasatan lanjut masih dijalankan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan terhadap Muhammad Sanusi dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. #sumber
Demikianlah Artikel PRK Pelangai: Polis Pahang Telah Rakam Keterangan MB Kedah, Muhamad Sanusi
Anda sekarang membaca artikel PRK Pelangai: Polis Pahang Telah Rakam Keterangan MB Kedah, Muhamad Sanusi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/10/prk-pelangai-polis-pahang-telah-rakam.html
0 Response to "PRK Pelangai: Polis Pahang Telah Rakam Keterangan MB Kedah, Muhamad Sanusi"
Catat Ulasan