Judul : #AgongKita: Selamat Pulang ‘Jantung Hati’, Rakyat Pahang Teruja Sambut Al-Sultan Abdullah
link : #AgongKita: Selamat Pulang ‘Jantung Hati’, Rakyat Pahang Teruja Sambut Al-Sultan Abdullah
#AgongKita: Selamat Pulang ‘Jantung Hati’, Rakyat Pahang Teruja Sambut Al-Sultan Abdullah
KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggalas tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, sudah tentu ia sentiasa terpahat di hati dan sanubari rakyat jelata.
Dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak, keperibadian Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak akan dilupakan.
Seperti rakyat di seluruh negara, perasaan rindu kepada Seri Paduka Baginda berdua turut dirasai oleh rakyat di Pahang.
Keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ke Pahang menjadi momen paling indah buat rakyat di negeri ini.
Bagi penjawat awam, Nor Wahidatushawal Aziz, 39, dia menyifatkan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sebagai ‘jantung hati’ rakyat Pahang, dan tidak sabar menantikan keberangkatan balik pasangan diraja itu.
“Sebagai rakyat Pahang, kita memang menunggu kepulangan baginda.
“Esok (Selasa) kami dari Jabatan Akauntan Negara akan terlibat, lebih kurang seramai 50 orang dan akan berkumpul seawal jam 9 pagi.
“Rakyat Pahang anggap baginda macam ayah,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
Menurut peniaga, Wan Nurul Hasni Wan Zainal, 30, pula sikap Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang begitu dekat dengan rakyat, menjadi antara perkara yang paling dirindui olehnya.
Dek kerana itu, anak jati Kuantan itu menggambarkan keberangkatan balik Seri Paduk Baginda berdua sebagai menambah ceria buat rakyat Pahang.
“Saya memang rakyat Pahang sejati dan sangat teruja.
“Memang bangga ada seorang Raja yang asal pun dari Pahang.
“(Seri Paduka Baginda berdua) selalu turun padang, dan tak lama lagi kita akan sambut Ramadan, Al-Sultan Abdullah selalu bersantap bersama rakyat,” kongsinya.
Sementara itu, peniaga buah, Mekra Ilham, 35, berkata selain tidak sabar, dia juga berbangga kerana Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah dijadual melalui kawasan rumahnya di Jalan Batu 8, Pandan Perdana di sini esok.
“Baginda memang lalu dekat kawasan rumah kita dan (saya) akan tunggu dari pagi sebelum berniaga.
“Agong (Al-Sultan Abdullah) memang terbaik dan seluruh rakyat Malaysia menyayangi baginda.
“Insya-Allah, esok akan mula ramai sebab nak cuti sekolah. Memang ramai akan turun ke Kuantan, dan kami berniaga di sini tengok pelanggan dari (pelbagai negeri datang) seperti Terengganu dan Kuala Lumpur,” katanya.
Dalam pada itu, pesara, Sirisena A. George, 66, berpandangan sepanjang lima tahun pemerintahan, Al-Sultan Abdullah membuktikan bahawa baginda seorang Raja yang memayungi rakyat termasuk mampu menyelesaikan pelbagai isu.
“Masa (krisis) politik, Agong kita boleh selesaikan masalah.
“Agong kita ada (penyelesaian) sendiri, dan saya lihat banyak tempat baginda turun padang seperti banjir. Raja Permaisuri Agong juga begitu baik sekali,” kata bapa kepada enam cahaya mata itu.
Sambutan Istiadat Keberangkatan Balik Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 Tahun 2024 dijadual berlangsung esok. #sumber
Demikianlah Artikel #AgongKita: Selamat Pulang ‘Jantung Hati’, Rakyat Pahang Teruja Sambut Al-Sultan Abdullah
Anda sekarang membaca artikel #AgongKita: Selamat Pulang ‘Jantung Hati’, Rakyat Pahang Teruja Sambut Al-Sultan Abdullah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/01/agongkita-selamat-pulang-jantung-hati.html
0 Response to "#AgongKita: Selamat Pulang ‘Jantung Hati’, Rakyat Pahang Teruja Sambut Al-Sultan Abdullah"
Catat Ulasan