Judul : Kerajaan Pahang Setuju Kenaikan Tarif Air, Selepas 40 Tahun Tidak Berbuat Demikian
link : Kerajaan Pahang Setuju Kenaikan Tarif Air, Selepas 40 Tahun Tidak Berbuat Demikian
Kerajaan Pahang Setuju Kenaikan Tarif Air, Selepas 40 Tahun Tidak Berbuat Demikian
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang setuju menaikkan kadar tarif air domestik berkuat kuasa 1 Februari ini, selepas 40 tahun tidak berbuat demikian.
Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kadar baharu yang ditetapkan ialah 78 sen untuk 20 meter padu air pertama, berbanding 37 sen untuk 18 meter padu air pertama ketika ini.
Dengan kenaikan tarif baharu itu, katanya, kerajaan negeri memperhalusi untuk memberikan subsidi kepada golongan B40.
"Insya-Allah, kita akan melihat kenaikan tarif ini kemungkinan memberi sedikit subsidi atau bantuan kepada golongan B40.
"Sekarang ini, perkara ini masih dikaji dan diperhalusi dan akan mendapat maklumat daripada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).
"Kenaikan tarif itu tidak menjadi isu kerana kenaikan berlaku di seluruh negara, bukan Pahang sahaja," katanya di sini hari ini.
Ditanya kerajaan negeri akan memperoleh peningkatan hasil susulan kenaikan tarif air, Wan Rosdy berkata, hasil akan digunakan untuk menaik taraf perkhidmatan air di Pahang. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Setuju Kenaikan Tarif Air, Selepas 40 Tahun Tidak Berbuat Demikian
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Setuju Kenaikan Tarif Air, Selepas 40 Tahun Tidak Berbuat Demikian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/01/kerajaan-pahang-setuju-kenaikan-tarif.html
0 Response to "Kerajaan Pahang Setuju Kenaikan Tarif Air, Selepas 40 Tahun Tidak Berbuat Demikian"
Catat Ulasan