Judul : MB Pahang Serah Geran Hak Milik Tanah, Penantian 40 Tahun 292 Peneroka Jengka 24 Berakhir
link : MB Pahang Serah Geran Hak Milik Tanah, Penantian 40 Tahun 292 Peneroka Jengka 24 Berakhir
MB Pahang Serah Geran Hak Milik Tanah, Penantian 40 Tahun 292 Peneroka Jengka 24 Berakhir
JERANTUT: Penantian selama 40 tahun 292 peneroka di Felda Jengka 24 untuk mendapat Suratan Hak Milik Tanah Felda berakhir semalam selepas ia diserahkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Wan Rosdy Ismail.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, Felda berkenaan dibuka pada tahun 1977 hingga 1978 dan kemasukan peneroka bermula pada tahun 1985 hingga 1986.
"Kami, peneroka di 14 blok, bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyelesaikan penantian kami selama 40 tahun.
"Kami akan lebih bersemangat untuk membantu meningkatkan hasil keluaran sawit setelah menerima Suratan Hak Milik ini," katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat meliputi pelbagai bentuk pembangunan, inisiatif dan juga bantuan.
Seorang lagi peneroka, Zulmi Abdul Rahman berkata, penantian 40 tahun adalah berkat kesabaran dan terus melakukan kerja untuk membangunkan keluarga dan negara.
"Kami berikrar untuk terus menjaga tanah ini untuk anak-anak di masa depan sebagai lambang kekuatan keluarga.
"Selain itu, kami akan menjaga dan menolak agar tidak terpengaruh dengan persepsi, fitnah dan tohmahan yang sengaja direka sesetengah pihak untuk memburukkan kerajaan negeri yang sangat prihatin dengan keperluan rakyat," katanya.
Katanya, dengan penyerahan Suratan Hak Milik ini lengkap sudah semua Felda dalam Wilayah Jengka menerima geran tanah masing-masing. #sumber
Demikianlah Artikel MB Pahang Serah Geran Hak Milik Tanah, Penantian 40 Tahun 292 Peneroka Jengka 24 Berakhir
Anda sekarang membaca artikel MB Pahang Serah Geran Hak Milik Tanah, Penantian 40 Tahun 292 Peneroka Jengka 24 Berakhir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/01/mb-pahang-serah-geran-hak-milik-tanah.html
0 Response to " MB Pahang Serah Geran Hak Milik Tanah, Penantian 40 Tahun 292 Peneroka Jengka 24 Berakhir"
Catat Ulasan