Loading...

Tanah Runtuh Di Simpang Pasir Kubur, Laluan Keluar Masuk Ke Sungai Lembing Terputus

Loading...
Tanah Runtuh Di Simpang Pasir Kubur, Laluan Keluar Masuk Ke Sungai Lembing Terputus - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah Runtuh Di Simpang Pasir Kubur, Laluan Keluar Masuk Ke Sungai Lembing Terputus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah Runtuh Di Simpang Pasir Kubur, Laluan Keluar Masuk Ke Sungai Lembing Terputus
link : Tanah Runtuh Di Simpang Pasir Kubur, Laluan Keluar Masuk Ke Sungai Lembing Terputus

Baca juga


Tanah Runtuh Di Simpang Pasir Kubur, Laluan Keluar Masuk Ke Sungai Lembing Terputus

KUANTAN: Kejadian itu dilaporkan berlaku sebelum simpang Pasir Kubur menghala ke pekan Sungai Lembing berikutan hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

Laluan keluar-masuk ke pekan Sungai Lembing, Kuantan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan berikutan tanah runtuh, lewat petang tadi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sebelum simpang Pasir Kubur menghala ke pekan Sungai Lembing berikutan hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

Menurut maklumat awal diperoleh daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, terdapat empat kenderaan terkandas di laluan berkenaan semasa kejadian tanah runtuh itu berlaku.

"Empat kenderaan itu kebetulan sedang melalui jalan berkenaan dan tidak ditimpa pokok atau kesan runtuhan tanah.

"Pasukan APM, bomba dan Roadcare sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

"Ketika ini hujan masih lebat di sekitar Kuantan dan kawasan berkenaan.

"Pihak Roadcare dengan kerjasama bomba dan APM akan cuba bersihkan kesan runtuhan supaya dapat membuka sekurang-kurangnya satu lorong di situ malam ini," kata jurucakap APM Pahang.

Penduduk mendakwa kenaikan paras air kali ini lebih cepat dan tinggi berbanding ketika hujan lebat melanda daerah Kuantan, Disember lalu.

Namun, setakat ini belum ada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar pekan berkenaan.

Difahamkan, pasukan polis marin dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan di Sungai Lembing setiap kali Monsun Timur Laut tiba.

Sejak awal malam tadi, beberapa video mengenai kejadian banjir kilat di pekan Sungai Lembing tersebar di media sosial.

Ada antara video itu menunjukkan peniaga kedai runcit yang terpaksa mengharung air paras dada di dalam kedai miliknya.

Setakat ini, belum ada maklumat dan kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkaitan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di pekan Sungai Lembing yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar raya Kuantan itu. #sumber



Demikianlah Artikel Tanah Runtuh Di Simpang Pasir Kubur, Laluan Keluar Masuk Ke Sungai Lembing Terputus

Sekianlah artikel Tanah Runtuh Di Simpang Pasir Kubur, Laluan Keluar Masuk Ke Sungai Lembing Terputus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanah Runtuh Di Simpang Pasir Kubur, Laluan Keluar Masuk Ke Sungai Lembing Terputus dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/01/tanah-runtuh-di-simpang-pasir-kubur.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tanah Runtuh Di Simpang Pasir Kubur, Laluan Keluar Masuk Ke Sungai Lembing Terputus"

Catat Ulasan

Loading...