Loading...

Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Video Parodi DD Chronicle

Loading...
Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Video Parodi DD Chronicle - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Video Parodi DD Chronicle, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Video Parodi DD Chronicle
link : Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Video Parodi DD Chronicle

Baca juga


Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Video Parodi DD Chronicle

KUANTAN: Meski permohonan maaf telah dilakukan dan video parodi kontroversi diturunkan, tindakan berani seorang pempengaruh media sosial yang didakwa mempersenda institusi kehakiman negara baru-baru ini perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan oleh Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang terhadap Dediy Sulaeman Ra’e, 43 atau lebih dikenali sebagai DD Chronicle hari ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, berdasarkan undang-undang sivil, kenyataan maaf itu hanya mengurangkan jumlah ganti rugi, namun ia tidak menghalang proses perundangan dikenakan terhadapnya.

“Walaupun dipadam, walaupun dia dah turunkan (video parodi) daripada media sosialnya, tapi kesan yang ditinggalkan daripada video sebegitu adalah satu bentuk ancaman yang sangat serius kepada pertamanya, sistem perundangan Islam dalam negara. Keduanya Islam dalam bidang kuasa raja dan sultan atau 3R.

“Jadi dia dah sentuh (3R). Tiada pilihan lain bagi pihak polis dan pendakwaan selain untuk mendakwa orang begini supaya menjadi peringatan kepada kita semua,” kata beliau kepada ketika ditemui, di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, laporan terbabit dibuat Ketua Pemuda Amanah, Wan Muhammad Rahmat Wan Hashim.

Kelmarin, tular rakaman video parodi berdurasi 3 minit 55 saat dimuat naik Dd Chronicle antara lain menyindir bahawa perbuatan minum arak dan berjudi jika dilakukan umat Islam di negara ini tidak akan dikenakan hukuman mengikut undang-undang.

Ia dikeluarkan selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Abdul Rahman membatalkan peruntukan kesalahan bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Bagaimanapun, video itu mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana didakwa mempersendakan agama serta menghina institusi kehakiman.

Bagaimanapun, pempengaruh tersebut tampil memberi penjelasan dan mengakui kesilapan berlaku kerana terlepas pandang serta tidak berhati-hati terhadap fakta walaupun hanya untuk video parodi. #sumber



Demikianlah Artikel Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Video Parodi DD Chronicle

Sekianlah artikel Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Video Parodi DD Chronicle kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Video Parodi DD Chronicle dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/02/parti-amanah-negara-amanah-pahang-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Video Parodi DD Chronicle"

Catat Ulasan

Loading...