Loading...

‘Pengemis Kaya’ Miliki Proton X70 Premium, Mampu Raih RM500 Sehari Di Pasar Malam Sri Jaya !

Loading...
‘Pengemis Kaya’ Miliki Proton X70 Premium, Mampu Raih RM500 Sehari Di Pasar Malam Sri Jaya ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Pengemis Kaya’ Miliki Proton X70 Premium, Mampu Raih RM500 Sehari Di Pasar Malam Sri Jaya !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Pengemis Kaya’ Miliki Proton X70 Premium, Mampu Raih RM500 Sehari Di Pasar Malam Sri Jaya !
link : ‘Pengemis Kaya’ Miliki Proton X70 Premium, Mampu Raih RM500 Sehari Di Pasar Malam Sri Jaya !

Baca juga


‘Pengemis Kaya’ Miliki Proton X70 Premium, Mampu Raih RM500 Sehari Di Pasar Malam Sri Jaya !

MARAN: Kehidupannya mengemis, tetapi seorang lelaki kurang upaya (OKU) fizikal mampu memiliki kereta Proton X70 Premium berharga sekitar RM127,000.

Siasatan juga mendapati lelaki OKU itu, kerana memiliki kededua tangan kecil, berupaya memperoleh sehingga RM500 kutipan sumbangan orang ramai dalam tempoh lima jam berada di pasar malam.

Penemuan itu dibongkar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran, yang menemui lelaki berkenaan ketika melakukan satu operasi di pasar malam Sri Jaya dekat sini, pada 21 Februari.

Pegawai JKM terkejut apabila lelaki itu membuka pintu sebuah kereta Proton X70 Premium untuk mengambil kad pengenalannya dalam operasi itu.

“Dia mengakui kereta Proton X70 Premium itu adalah miliknya hasil kutipan daripada kegiatan pengemisan, yang mana boleh mencecah sehingga RM500 bagi tempoh empat hingga lima jam berada di mana-mana pasar malam,” katanya.

Semakan mendapati bahawa harga pasaran bagi kereta model itu ialah sekitar RM127,100.

Dilaporkan, ketika dihampiri pegawai JKM, lelaki OKU yang memakai jubah dan berkopiah itu kelihatan berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.

Bagaimanapun sebaik dihampiri pegawai JKM Maran dan disoal siasat, dia hanya mendiamkan diri seolah bisu dan pekak, walaupun berkali-kali didesak.

“Pegawai penguat kuasa bertanyakan tujuan dia meminta sedekah, namun pertanyaan itu tidak dijawab dan dia hanya mendiamkan diri seolah-olah bisu dan pekak.

“Selepas sekian lama didesak, barulah dia bersuara dan segala rahsianya mula terbongkar,” kata seorang pegawai JKM.

Pemeriksaan terhadap beg kertas dipegangnya juga menemui kepingan wang kertas dipercayai hasil mengemis beberapa jam di pasar malam berkenaan.

Siasatan lanjut mendapati lelaki itu menetap di Balok, Kuantan, dan akan ke pasar malam untuk menjalankan kegiatan pengemisan.

Semakan juga mendapati beliau menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450 sebulan sejak 2001. Bagaimanapun, lelaki itu dilepaskan dengan amaran oleh pegawai penguat kuasa JKM.

Sifat pemurah dan simpati yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan negara itu dianggap ‘lubuk’ untuk mendapatkan wang dengan cara mudah melalui kegiatan mengemis. #sumber



Demikianlah Artikel ‘Pengemis Kaya’ Miliki Proton X70 Premium, Mampu Raih RM500 Sehari Di Pasar Malam Sri Jaya !

Sekianlah artikel ‘Pengemis Kaya’ Miliki Proton X70 Premium, Mampu Raih RM500 Sehari Di Pasar Malam Sri Jaya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Pengemis Kaya’ Miliki Proton X70 Premium, Mampu Raih RM500 Sehari Di Pasar Malam Sri Jaya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/02/pengemis-kaya-miliki-proton-x70-premium.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "‘Pengemis Kaya’ Miliki Proton X70 Premium, Mampu Raih RM500 Sehari Di Pasar Malam Sri Jaya !"

Catat Ulasan

Loading...