Loading...

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul Ibu, Anak Saudara Guna Penyapu Dan Topi Kaledar

Loading...
Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul Ibu, Anak Saudara Guna Penyapu Dan Topi Kaledar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul Ibu, Anak Saudara Guna Penyapu Dan Topi Kaledar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul Ibu, Anak Saudara Guna Penyapu Dan Topi Kaledar
link : Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul Ibu, Anak Saudara Guna Penyapu Dan Topi Kaledar

Baca juga


Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul Ibu, Anak Saudara Guna Penyapu Dan Topi Kaledar

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul ibu dan anak saudara perempuannya menggunakan penyapu dan topi keledar di hadapan sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Mentakab, dekat Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pagi tadi, berhampiran rumahnya kerana dikatakan melarikan diri dengan menunggang motosikal selepas kejadian pada 4.30 petang semalam.

"Suspek yang tidak bekerja dipercayai memukul tangan kanan anak saudaranya dengan menggunakan penyapu semasa mangsa datang ke rumah itu bersama ibu suspek dan seorang wanita Indonesia untuk membersihkan rumah.

"Tindakan suspek menyebabkan mangsa bertindak keluar dari rumah, namun suspek didakwa mengikut mangsa sebelum memukulnya di belakang kepala dan badan menggunakan topi keledar di hadapan rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata ibu suspek yang berusia 77 tahun cuba membantu mangsa yang berusia 31 tahun dengan memukul suspek menggunakan penyapu, namun suspek dikatakan merentap penyapu itu yang kemudiannya digunakan untuk memukul muka ibunya.

Kejadian menyebabkan ibu suspek cedera di muka manakala anak saudaranya cedera di tangan, bahu kanan serta bahagian belakang kepala.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit tinggal di rumah itu selepas ibunya memilih untuk keluar dan menetap di rumah anaknya yang lain yang terletak di taman perumahan berhampiran rumah berkenaan.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat motif suspek berbuat demikian dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan. #sumber



Demikianlah Artikel Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul Ibu, Anak Saudara Guna Penyapu Dan Topi Kaledar

Sekianlah artikel Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul Ibu, Anak Saudara Guna Penyapu Dan Topi Kaledar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul Ibu, Anak Saudara Guna Penyapu Dan Topi Kaledar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/02/polis-tahan-lelaki-bantu-siasatan-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Pukul Ibu, Anak Saudara Guna Penyapu Dan Topi Kaledar"

Catat Ulasan

Loading...