Judul : Dua Individu Ditemukan Maut Dalam Sebuah Kereta Di Stesen Minyak Petronas Muadzam Shah
link : Dua Individu Ditemukan Maut Dalam Sebuah Kereta Di Stesen Minyak Petronas Muadzam Shah
Dua Individu Ditemukan Maut Dalam Sebuah Kereta Di Stesen Minyak Petronas Muadzam Shah
KUANTAN: Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di stesen minyak Petronas berhampiran Muadzam Shah, Rompin hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang tadi sebelum enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata sejurus tiba pihaknya mendapati dua mangsa berada dalam sebuah kereta jenis Proton Satria di kawasan letak kereta stesen minyak terbabit.
"Bomba telah membuka pintu kereta itu menggunakan peralatan menyelamat dan menemukan seorang lelaki dan wanita dewasa yang tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. #sumber
Demikianlah Artikel Dua Individu Ditemukan Maut Dalam Sebuah Kereta Di Stesen Minyak Petronas Muadzam Shah
Anda sekarang membaca artikel Dua Individu Ditemukan Maut Dalam Sebuah Kereta Di Stesen Minyak Petronas Muadzam Shah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/03/dua-individu-ditemukan-maut-dalam.html
0 Response to "Dua Individu Ditemukan Maut Dalam Sebuah Kereta Di Stesen Minyak Petronas Muadzam Shah"
Catat Ulasan