Loading...

Kerajaan Negeri Pahang Halalkan Aktiviti Melombong Bahan Mineral Kepada Pemilik Tanah Persendirian

Loading...
Kerajaan Negeri Pahang Halalkan Aktiviti Melombong Bahan Mineral Kepada Pemilik Tanah Persendirian - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Pahang Halalkan Aktiviti Melombong Bahan Mineral Kepada Pemilik Tanah Persendirian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Pahang Halalkan Aktiviti Melombong Bahan Mineral Kepada Pemilik Tanah Persendirian
link : Kerajaan Negeri Pahang Halalkan Aktiviti Melombong Bahan Mineral Kepada Pemilik Tanah Persendirian

Baca juga


Kerajaan Negeri Pahang Halalkan Aktiviti Melombong Bahan Mineral Kepada Pemilik Tanah Persendirian

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menghalalkan aktiviti melombong bahan mineral kepada pemilik tanah persendirian yang ingin mengusahakannya di kawasan tanah mereka melalui skim pelombong kecil (SPK).

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dengan memperkenalkan SPK, kerajaan negeri akan dapat menyekat aktiviti melombong bahan mineral yang dilakukan secara haram.

Kata beliau, pemilik tanah persendirian berhak melakukan kerja melombong tetapi perlu mengikut peraturan ditetapkan dengan mengemukakan permohonan.

"Kerajaan negeri tidak menghalang pemilik tanah untuk mendapatkan hasil tetapi perlu mengemukakan permohonan sebelum mengeluarkan bahan mineral terbabit.

"Setakat ini, kerajaan negeri meluluskan 56 lesen SPK sejak 2022 hingga kini dan sudah memperoleh pendapatan berjumlah RM2.5 juta.

Sebelum ini, ada rakyat yang menganggap bahawa sekiranya mereka ada tanah dan ada bahan mineral di bawah tanah, itu hak mereka. Sedangkan dalam enakmen tanah kerajaan negeri mengatakan bahawa apa jua hasil di bawah tanah adalah milik kerajaan," katanya ditemui, di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata demikian selepas melancarkan Akademi Mineral Malaysia Pahang dan program 'PRISMM 2024: Pahang Revitalizing Initiative For Sustainable Management Of Mineral Industry 2024'.

Bagi pemilik tanah yang ingin menyertai SPK, beliau berkata, mereka boleh mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian dan Pahang Mining Corporation.

"Kerajaan negeri akan memberi lesen kepada pengusaha yang mempunyai tanah milik persendirian untuk membenarkan mereka melakukan aktiviti melombong secara sah tetapi pada masa yang sama dikawal oleh kerajaan negeri.

"Malah melalui skim ini juga, bukan sahaja kerajaan negeri yang mendapat hasil tetapi pengusaha juga turut mendapat keuntungan hasil perlombongan yang diusahakan atau situasi menang-menang.

"Tetapi sekiranya ada mana-mana pihak yang melombong secara haram, kita akan tangkap dan dakwa di mahkamah," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Halalkan Aktiviti Melombong Bahan Mineral Kepada Pemilik Tanah Persendirian

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Pahang Halalkan Aktiviti Melombong Bahan Mineral Kepada Pemilik Tanah Persendirian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Halalkan Aktiviti Melombong Bahan Mineral Kepada Pemilik Tanah Persendirian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/03/kerajaan-negeri-pahang-halalkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Negeri Pahang Halalkan Aktiviti Melombong Bahan Mineral Kepada Pemilik Tanah Persendirian"

Catat Ulasan

Loading...