Loading...

PH Pahang Sanggah Cadangan Mokhtar Senik, Tak Perlu Tukar Nama Malaysia Menjadi Tanah Melayu

Loading...
PH Pahang Sanggah Cadangan Mokhtar Senik, Tak Perlu Tukar Nama Malaysia Menjadi Tanah Melayu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Pahang Sanggah Cadangan Mokhtar Senik, Tak Perlu Tukar Nama Malaysia Menjadi Tanah Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Pahang Sanggah Cadangan Mokhtar Senik, Tak Perlu Tukar Nama Malaysia Menjadi Tanah Melayu
link : PH Pahang Sanggah Cadangan Mokhtar Senik, Tak Perlu Tukar Nama Malaysia Menjadi Tanah Melayu

Baca juga


PH Pahang Sanggah Cadangan Mokhtar Senik, Tak Perlu Tukar Nama Malaysia Menjadi Tanah Melayu

KUANTAN: Tindakan seorang pemimpin PAS mencadangkan nama Malaysia ditukar kepada Tanah Melayu disifatkan sebagai kurang cermat dan tidak memahami sejarah.

Setiausaha DAP Pahang Lee Chin Chen berkata ia akan menimbulkan rasa terasing dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.

Lee turut mengingatkan bahawa pembentukan Malaysia berdasarkan persefahaman dibina antara pelbagai kaum dan agama.

"Negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk antaranya Cina, Melayu dan India. Adalah penting untuk menghormati dan mengakui kepelbagaian etnik, budaya, dan identiti yang membentuk Malaysia.

"Mengubah nama negara kepada Tanah Melayu bukan sahaja akan menimbulkan kebimbangan dan rasa terasing dalam kalangan komuniti bukan Melayu, yang juga sebahagian besar penduduk Malaysia," katanya ketika dihubungi.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut dan Timbalan Speaker DUN Pahang berkata kemerdekaan negara dicapai menerusi kerjasama dan perpaduan kaum.

"Harus juga diingatkan bahawa negara kita mencapai kemerdekaan melalui perpaduan antara tiga kaum terbesar ini (Melayu, Cina dan India).

"Maka perpaduan ini haruslah sentiasa dipertahankan dan bukannya dengan menukarkan nama negara semata-mata untuk menunjukkan negara ini hak orang Melayu," katanya lagi.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik membangkitkan perkara itu dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran itu, Mokhtar berkata "nama Malaysia ini elok ditukar balik kepada nama Tanah Melayu dengan tidak menafikan bangsa-bangsa lain".

Ketika dihubungi, Mokhtar memaklumkan hantaran itu tidak berniat untuk menafikan sumbangan mana-mana pihak dalam pembentukan Malaysia.

"Status (hantaran) itu untuk mengingatkan kita semua balik kepada dasar Perlembagaan yang dimaktubkan sebelum ini.. ia berkenaan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Islam yang dianuti majoriti orang Melayu sebagai agama Persekutuan," katanya.

"Persoalan nama itu tidak penting, tetapi yang pentingnya adalah untuk mengingatkan orang Melayu dan bangsa lain yang ada di negara ini bahawa Tanah Melayu ini adalah tanah orang Melayu, maka hak istimewa tadi jangan cuba digugat, jangan cuba dicabut," katanya lagi. #sumber



Demikianlah Artikel PH Pahang Sanggah Cadangan Mokhtar Senik, Tak Perlu Tukar Nama Malaysia Menjadi Tanah Melayu

Sekianlah artikel PH Pahang Sanggah Cadangan Mokhtar Senik, Tak Perlu Tukar Nama Malaysia Menjadi Tanah Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Pahang Sanggah Cadangan Mokhtar Senik, Tak Perlu Tukar Nama Malaysia Menjadi Tanah Melayu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/03/ph-pahang-sanggah-cadangan-mokhtar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PH Pahang Sanggah Cadangan Mokhtar Senik, Tak Perlu Tukar Nama Malaysia Menjadi Tanah Melayu"

Catat Ulasan

Loading...