Loading...

Wan Rosdy: Pahang Sedia Teliti Dan Kaji Keperluan Bina Kilang Nadir Bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE)

Loading...
Wan Rosdy: Pahang Sedia Teliti Dan Kaji Keperluan Bina Kilang Nadir Bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy: Pahang Sedia Teliti Dan Kaji Keperluan Bina Kilang Nadir Bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy: Pahang Sedia Teliti Dan Kaji Keperluan Bina Kilang Nadir Bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE)
link : Wan Rosdy: Pahang Sedia Teliti Dan Kaji Keperluan Bina Kilang Nadir Bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE)

Baca juga


Wan Rosdy: Pahang Sedia Teliti Dan Kaji Keperluan Bina Kilang Nadir Bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE)

MARAN: Pahang bersedia meneliti dan mengkaji keperluan membina kilang pemprosesan nadir bumi oksida di negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Mengakui perkara itu mempunyai prospek positif, beliau turut mengesahkan Pahang antara 10 negeri yang mempunyai unsur nadir bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE), namun berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan.

"Kita akan kaji dan teliti perkara ini (kilang). (Mengenai nadir bumi), kita sahkan ia ada tetapi banyak mana tidak boleh disahkan dan urusan ini harus dikaji serta diteliti kerana membabitkan kawasan hutan simpan dan sebagainya," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Skim Tanah Rakyat (STR) FELDA Pahang di Dewan Semai Bakti FELDA Jengka 14 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar bahawa Malaysia perlu segera membina kilang pemprosesan nadir bumi oksida yang dilihat keutamaan kritikal negara berdasarkan permintaan tinggi bahan mineral itu di seluruh dunia.

Buat masa ini, Malaysia belum memiliki kilang memproses nadir buminya sendiri dan Lynas Corporation Ltd (Lynas), yang mengendalikan kilang pemprosesan nadir bumi terbesar serta termoden di dunia di Gebeng, Kuantan adalah syarikat dari Australia.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, Kerajaan Pahang komited membantu menyelesaikan masalah generasi kedua dan ketiga FELDA untuk memiliki kediaman sendiri dengan kemudahan infrastruktur mencukupi menerusi STR.

"Saya berharap pelaksanaan STR ini memberi kesejahteraan kepada generasi baharu FELDA yang sekian lama menginginkan kediaman sendiri yang selesa dan kemudahan infrastruktur mencukupi bagi menjalani kehidupan bersama keluarga.

"Kerajaan negeri juga akan sentiasa memantau perkembangan projek ini bagi memastikan ia berjalan lancar, berjaya dan tidak mahu ia menjadi projek gajah putih dan terbengkalai," katanya.

Pada 20 September tahun lalu, Kerajaan Pahang mengisytiharkan 18 kawasan dalam wilayah FELDA sebagai STR untuk generasi baharu FELDA.

Beliau berkata, 18 kawasan itu membabitkan 10 lokasi dalam Wilayah Mempaga di Bentong dan masing-masing empat dalam Wilayah Jengka serta Wilayah Kuantan. #sumber



Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Pahang Sedia Teliti Dan Kaji Keperluan Bina Kilang Nadir Bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE)

Sekianlah artikel Wan Rosdy: Pahang Sedia Teliti Dan Kaji Keperluan Bina Kilang Nadir Bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Pahang Sedia Teliti Dan Kaji Keperluan Bina Kilang Nadir Bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/03/wan-rosdy-pahang-sedia-teliti-dan-kaji.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wan Rosdy: Pahang Sedia Teliti Dan Kaji Keperluan Bina Kilang Nadir Bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE)"

Catat Ulasan

Loading...