Loading...

MB: Dua Hentian Rehat Dan Rawat Akan Dibina Di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU)

Loading...
MB: Dua Hentian Rehat Dan Rawat Akan Dibina Di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB: Dua Hentian Rehat Dan Rawat Akan Dibina Di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB: Dua Hentian Rehat Dan Rawat Akan Dibina Di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU)
link : MB: Dua Hentian Rehat Dan Rawat Akan Dibina Di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU)

Baca juga


MB: Dua Hentian Rehat Dan Rawat Akan Dibina Di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU)

KUANTAN: Dua hentian rehat dan rawat (R&R) akan dibina di sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) untuk kemudahan pengguna laluan itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan R&R itu dicadang dibina di laluan antara Bentong dan Raub serta di Kechau Tui, Merapoh, Lipis.

Menurutnya, pembinaan kemudahan itu dijangka akan membantu mengatasi isu sampah di jalan berkenaan terutama ketika musim perayaan.

"Pembinaan R&R itu kini dalam proses tindakan melibatkan pelbagai pihak termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR), kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kerajaan negeri akan menyediakan tapak yang sesuai bagi pembinaan R&R tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Pahang di sini pada Khamis.

Turut berangkat, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Wan Rosdy berkata, kemudahan ini tidak boleh disediakan dalam masa terdekat dan akan mengambil masa untuk disiapkan kerana ia perlu melalui pelbagai proses termasuk kajian, kelulusan dan sebagainya.

"Bagaimanapun usaha-usaha ke arah penyediaan kemudahan itu telah dimulakan," ujarnya.

Sementara itu katanya, tindakan jangka pendek berhubung isu sampah di laluan tersebut telah diambil PBT dengan kerjasama syarikat pembersihan Alam Flora.

"Selain itu, kerajaan negeri juga akan menyediakan tong-tong sampah di lokasi yang dikenal pasti untuk dijadikan hentian sementara bagi memudahkan pengguna jalan berkenaan," ujarnya.

Beliau berkata, pengguna Lebuhraya LTU diingatkan supaya tidak membuang sampah merata-rata sebaliknya cari tempat yang telah disediakan.

Sebelum ini, media melaporkan ketiadaan kemudahan R&R menjadi antara alasan pengguna lebuh raya itu membuang sampah ketika singgah berehat di tepi laluan tersebut. #sumber



Demikianlah Artikel MB: Dua Hentian Rehat Dan Rawat Akan Dibina Di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU)

Sekianlah artikel MB: Dua Hentian Rehat Dan Rawat Akan Dibina Di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB: Dua Hentian Rehat Dan Rawat Akan Dibina Di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/04/mb-dua-hentian-rehat-dan-rawat-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MB: Dua Hentian Rehat Dan Rawat Akan Dibina Di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU)"

Catat Ulasan

Loading...