Loading...

Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Maut Kereta Terbabas, Terbakar Di Raub

Loading...
Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Maut Kereta Terbabas, Terbakar Di Raub - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Maut Kereta Terbabas, Terbakar Di Raub, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Maut Kereta Terbabas, Terbakar Di Raub
link : Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Maut Kereta Terbabas, Terbakar Di Raub

Baca juga


Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Maut Kereta Terbabas, Terbakar Di Raub

RAUB: Seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) maut selepas kereta Proton Saga SL 1.3 yang dinaiki terbabas dan terbakar di Jalan Ulu Gali-Jelu di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, mangsa, Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, terdapat empat orang termasuk pemandu menaiki kenderaan berkenaan. 

Keadaan kereta yang dinaiki keluarga terbabit dalam kejadian pada Sabtu. Foto ihsan PDRM

"Hasil siasatan awal, kemalangan berlaku semasa pemandu iaitu bapa mangsa yang berusia 66 tahun dari arah Kampung Lechar dalam perjalanan menuju ke Petaling Jaya.

"Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke kanan jalan dan melanggar pokok hingga menyebabkan kereta tersebut terbakar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa iaitu penumpang hadapan telah terperangkap di dalam kenderaan.

Jelasnya, bapa mangsa cuba menarik keluar mangsa yang terperangkap namun tidak sempat.

"Keşan daripada kebakaran tersebut menyebabkan mangsa telah terbakar bersama kenderaan terbabit.

"Seorang lagi lelaki dan perempuan iaitu penumpang bahagian belakang yang cedera telah dihantar ke Hospital Raub untuk rawatan selanjutnya," tambah beliau.

Mohd Shahril memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. #sumber



Demikianlah Artikel Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Maut Kereta Terbabas, Terbakar Di Raub

Sekianlah artikel Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Maut Kereta Terbabas, Terbakar Di Raub kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Maut Kereta Terbabas, Terbakar Di Raub dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/04/pelajar-universiti-sultan-azlan-shah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Maut Kereta Terbabas, Terbakar Di Raub"

Catat Ulasan

Loading...