Judul : Fandi Belum Ada Senarai Kesebelasan Utama, Beraksi Pada Pembuka Tirai Liga Super Sabtu Ini
link : Fandi Belum Ada Senarai Kesebelasan Utama, Beraksi Pada Pembuka Tirai Liga Super Sabtu Ini
Fandi Belum Ada Senarai Kesebelasan Utama, Beraksi Pada Pembuka Tirai Liga Super Sabtu Ini
KUANTAN: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad belum memiliki kesebelasan utama yang akan beraksi pada aksi pembuka tirai Liga Super berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Sabtu ini.
Legenda bola sepak Singapura itu berkata, setakat ini persaingan dalam kalangan pemain skuad Tok Gajah terbuka luas untuk disenaraikan dalam skuad utama musim 2024/2025.
"Bagi saya perkara utama yang diberikan perhatian ialah kerjasama dan persefahaman dipersembahkan pemain, yang bukan sahaja pada aksi pramusim dan latihan.
"Tetapi ia lebih kepada pemain itu sendiri yang perlu mengubah mentaliti mereka kerana tidak seorang pun fikir kedudukan mereka terjamin untuk berada dalam kesebelasan utama.
"Sebaliknya, pemain yang rajin, bekerja keras dan bertanggungjawab serta mempunyai motivasi yang tinggi dan bermain untuk pasukan bukan untuk diri sendiri pasti terpilih.
"Oleh itu saya mengharapkan pemain yang terpilih dalam skuad utama memberikan yang terbaik dan pemain lain pula turut memberikan komitmen tinggi terhadap pasukan," katanya.
Fandi juga mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu yakin jika mahu meletakkan Sri Pahang pada tahap terbaik dan mencapai kejayaan membanggakan pada musim baharu ini.
Katanya, pengalaman yang dimiliki pemain diharap membantu terutama memastikan perlawanan pertama Liga Super berakhir dengan kemenangan sebagai motivasi.
"Pada masa sama, sokongan padu daripada peminat Tok Gajah dialu-alukan kerana musim baharu ini menyaksikan Sri Pahang beraksi di Temerloh. #sumber
Demikianlah Artikel Fandi Belum Ada Senarai Kesebelasan Utama, Beraksi Pada Pembuka Tirai Liga Super Sabtu Ini
Anda sekarang membaca artikel Fandi Belum Ada Senarai Kesebelasan Utama, Beraksi Pada Pembuka Tirai Liga Super Sabtu Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/05/fandi-belum-ada-senarai-kesebelasan.html
0 Response to "Fandi Belum Ada Senarai Kesebelasan Utama, Beraksi Pada Pembuka Tirai Liga Super Sabtu Ini"
Catat Ulasan